Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pengajaran Agama Perlu Bersumberkan Al-Quran Dan Sunah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Pengajaran Agama Perlu Bersumberkan Al-Quran Dan Sunah

/ Archive MAIPs / Jumaat, 04 September 2015 18:28

PAUH PUTRA (Arau), 4 September 2015 (Jumaat) - Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan para pendakwah dan agamawan berhati-hati menyampaikan ajaran supaya tidak terbawa ilmu yang diragui kebenarannya. Menurut beliau dalam keadaan banyak hadis-hadis palsu yang kemungkinan mempengaruhi umat Islam, golongan pendakwah dan agamawan hendaklah mempastikan penyampaian ilmu bersumberkan al-Quran dan sunah.

"Agama terletak atas dasar dalil, bukan atas dasar taklid (menurut tanpa ilmu)," kata Mohd Asri ketika menyampaikan ceramah program Bicara Ad-din sempena Minggu Suai Kenal Siswa Siswi Baru Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Sidang Akademik 2015/2016, di kampus induk di sini Khamis malam.Program anjuran bersama Pusat Islam UniMAP dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Mufti Perlis itu dihadiri lebih 1,000 orang.Raja Muda Perlis merangkap Tuanku Canselor UniMAP Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Pro Canselor yang juga Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan hadir.Mohd Asri berkata kerajaan Perlis komited memelihara pegangan agama Islam yang suci bebas daripada unsur-unsur syirik dan khurafat.Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE