Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jabatan, Agensi Berkaitan Islam Perlu Peka Isu Berkaitan Umat Islam - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Jabatan, Agensi Berkaitan Islam Perlu Peka Isu Berkaitan Umat Islam - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Ahad, 30 Ogos 2015 18:28

 

Pasukan Woodball MAIPs bersama Pengurus Kelab Sukan MAIPs

 

PAUH PUTRA (Arau), 30 Ogos 2015 (AHAD) - Jabatan dan agensi yang berorientasi Islam perlu peka menghidu isu yang menggugat semangat perpaduan dan persaudaraan umat Islam dan berusaha menanganinya, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.  Baginda bertitah jabatan dan agensi-agensi berkenaan juga perlu memainkan peranan supaya menjadi contoh kepada agensi lain dalam memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan Islam.

 "Dewasa ini perbalahan dan perselisihan membabitkan umat Islam dan orang Melayu terlalu banyak dan perlu ditangani sebaik mungkin supaya perpecahan dapat dielakkan. "Saya mahu usaha mengekang kejadian ini, yang tidak boleh diselindung lagi, dilaksanakan segera. Oleh itu agensi-agensi dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam perlu bertindak tegas membetulkan keadaan," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda bertitah menutup dan menyampaikan hadiah kejohanan woodball antara jabatan di bawah agensi Agama Islam Perlis kali ketiga di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, Sabtu malam.  Badan-badan ini sebagai contoh hendaklah memperkasakan fungsi masing-masing selain peka dengan isu-isu semasa yang menyentuh umat Islam," titah baginda.Baginda selaku Yang diPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) mahu agensi-agensi serta NGO-NGO Islam melaksanakan aktiviti dan program untuk merapatkan perpaduan bagi mengatasi isu-isu politik atau perbezaan pendapat yang memecahbelahkan penganutnya.Dalam hubungan ini, MAIPs serta Jabatan Mufti negeri perlu proaktif membetulkan salah faham atau kekeliruan terhadap hukum atau perbalahan tanpa asas ilmu, titah baginda. Tuanku Syed Faizuddin bertitah Jabatan Mufti wajar memberi pandangan, nasihat dan jika perlu mengeluarkan fatwa agar setiap permasalahan tidak berlanjutan sehingga sukar dibendung."Umat Islam adalah 'ummatan wahidah' iaitu umat yang satu. Satu dalam aqidah, syariah dan akhlak. Jika semua umat Islam yakin dan percaya, Insya-Allah bangsa Melayu dan umat Islam akan terus maju dan kuat selama-lamanya," titah baginda. Dalam kejohanan itu, Pejabat Tuanku Raja Perlis menyapu bersih dengan memenangi tiga daripada empat kategori yang dipertandingkan iaitu beregu lelaki, wanita dan beregu campuran.

 

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE