Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs lulus pengurangan kadar sewa premis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs lulus pengurangan kadar sewa premis

MAIPs lulus pengurangan kadar sewa premis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 29 Julai 2021 19:21

KANGAR : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis  (MAIPs) meluluskan pengurangan kadar sewaan premis MAIPs sepanjang tempoh penutupan penuh sektor ekonomi ekoran pandemik Covid-19 dengan implikasi kewangan sebanyak RM171,668.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, inisiatif berkenaan menjadikan jumlah penuh peruntukan kewangan di bawah pakej inisiatif MAIPs menangani wabak Covid-19 bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM8,363,078.

Titah baginda, fokus ketika ini adalah untuk memperhebat impak ekonomi sama ada melalui langkah jangka pendek atau panjang.

“Sebagai langkah proaktif, MAIPs telah dan bakal merencana beberapa lagi inisiatif bagi membantu warga asnaf melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (Atam) dan agihan di bawah skim program peningkatan ekonomi asnaf MAIPs,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan agihan zakat MAIPs kepada seorang warga emas, di Kampung Nesam di sini hari ini.

Warga emas tersebut, Rahim Mat Isa,61, adalah salah seorang penerima bantuan sara hidup berkala MAIPs turut menghidap penyakit kencing manis, buah pinggang serta darah tinggi dan kini menerima rawatan dialisis di Pusat Dialisis Davita Kangar.

Yang hadir sama mengiringi baginda Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

 Pada kesempatan sama, Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua MAIPs turut menyarankan semua pihak berwajib agar memberi sepenuh perhatian dan keutamaan kepada inisiatif serta persiapan dalam menghadapi pasca pembukaan sektor ekonomi fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sementara itu, Mohd Nazim berkata, pengurusan MAIPs sentiasa komited dalam menyantuni warga asnaf memerlukan.

“Dalam masa sama, penyertaan semua pihak dalam memberikan saranan yang konstruktif dan membina daripada semasa ke semasa amatlah dialu-alukan,” katanya.

Sumber – UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE