Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Cabar Warga Pendidik Kembali Jadikan Perlis Negeri Berilmu n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Cabar Warga Pendidik Kembali Jadikan Perlis Negeri Berilmu

/ Archive MAIPs / Jumaat, 10 Julai 2015 18:28

KANGAR, 10 Julai 2015 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencabar warga pendidik di negeri ini untuk kembali menjadikan Perlis sebagai 'negeri ilmu' seperti pernah dicapai pada satu ketika dahulu.

Menurut baginda, Perlis sering menjadi negeri terbaik dari segi keputusan peperiksaan namun kedudukan itu dirampas oleh negeri lain sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Beta ingin mengesyorkan semua pihak bermula dari jabatan, pengetua, guru besar, guru, pelajar, ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru melipatgandakan usaha serta sentiasa bertindak segera dalam melaksanakan sesuatu dan menghindarkan sikap 'tidak apa.'

"Beri tumpuan agar hala tuju memacu transformasi pendidikan cemerlang yang disasarkan pada tahun 2017 tercapai," titah Tuanku Syed Faizuddin pada majlis 'Iftar Jamaei' Jabatan Pendikan Perlis (JPN) di Dewan 2020 di sini, semalam.

Baginda juga berkenan melancarkan Tabung Mahabbah Insan Prihatin JPN Perlis 2015 pada majlis itu yang turut berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan baginda berdua sebelum itu disambut oleh Pengarah JPN Perlis Rooslee Ismail serta pegawai kanan JPN negeri.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah meningkatkan tahap profesional dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran, menyemai budaya pemikiran aras tinggi, mengamalkan Komuniti Pembelajaran Profesional dalam kalangan guru dan mengembangkan sistem pendidikan berasaskan sains dan teknologi akan mampu mempercepatkan pencapaian matlamat menjadikan Perlis negeri ilmu semula.

Baginda yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengucapkan tahniah kepada JPN Perlis kerana mengambil inisiatif melaksanakan program-program yang mempunyai nilai tambah untuk jabatan dan sekolah sepanjang bulan Ramadan.

"Beta sedar masih ramai pelajar di negeri ini daripada keluarga susah yang memerlukan bantuan namun perlu diingatkan bahawa tiada jalan pintas untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Beta menyeru semua pihak membantu golongan ini," titah baginda.

Baginda kemudian menyampaikan sumbangan wang tunai MAIPs kepada 75 pelajar daripada keluarga asnaf dan miskin yang dipilih oleh JPN Perlis.

 

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE