Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis titah masyarakat tidak buang sampah tepi pantai, sungai n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis titah masyarakat tidak buang sampah tepi pantai, sungai

Raja Muda Perlis titah masyarakat tidak buang sampah tepi pantai, sungai

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 22 Jun 2021 22:45

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta masyarakat supaya tidak lagi membuat longgokan plastik, botol serta sampah di tebing-tebing sungai dan pesisir pantai. Ia boleh menyebabkan air tersekat laluan dan terperangkap sehingga kadang kala boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini seperti banjir. Hidupan sungai dan laut seperti ikan juga boleh terperangkap mahupun termakan sisa plastik ini.

Kenapa sisa plastik berbahaya kepada kita? Pertama ia susah diuraikan atau ‘biogredasi’ dan mengambil masa yang sangat lama dan kedua bahan kimia yang ada dalam plastik boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada kesihatan manusia. Antara nama lain penggunaan pembungkusan plastik adalah styrofoam, polisterin, polietilena (PET) dan polipropilena (PP) pack.

Demikian titahsaran baginda selepas memperkenankan kerja-kerja fasa ke-2 laluan pilihan pertama bagi ‘Projek DiRaja Program Transformasi Kg Seberang Ramai Kuala Perlis’ dimulakan melibatkan hanya tuan rumah premis masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung baru-baru ini.

Sebanyak lebih 70 buah rumah lagi bakal terlibat dalam inisiatif anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis beserta pelbagai agensi dan organisasi tersebut.

Tuanku Raja Muda turut mencadangkan supaya selepas ini penganjuran majlis dan keraian boleh tidak lagi menggunakan cawan dan pinggan plastik serta penyedut minuman yakni ‘straw’ sepertimana yang sudahpun dilaksanakan di negara-negara maju sejak banyak tahun yang lalu lagi.

Menurut baginda, ‘Penggunaan bekas yang mudah biogredasi bagi menggantikan penggunaan plastik sedia ada amat digalakkan. Ketika ini banyak produk mesra alam dihasilkan seperti dari kenaf, kertas dan stainless steel. Usaha paling mudah adalah menggunakan semula bungkusan plastik terpakai untuk tujuan pembungkusan’.

‘Pengurusan plastik yang baik juga sebenarnya boleh mendatangkan sumber kewangan alternatif. Antara yang boleh dilaksanakan adalah ianya boleh dikumpul dan dikitar semula sepertimana yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, swasta, industri atau komuniti. Mengubah sisa plastik kepada produk lain seperti arca, perhiasan, potret, barangan kendiri seperti tas, bakul dan bermacam lagi. Inovasi dan kreativiti ini boleh dirujuk dalam internet dan sebagainya’, terang Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri, Azman Shah Ismail memaklumkan bahawa kajian menunjukkan setiap individu mengguna dan membuang hampir 20 kilogram plastik setiap tahun. Oleh itu, beliau mengajak masyarakat supaya sama-sama memainkan peranan yang penting dalam menangani isu berkaitan pengurusan plastik ini. Antara saranan yang boleh dibuat adalah dengan menggunakan beg guna semula, troli atau raga bimbit di pasaraya, kedai dan pasar selain membawa bekas makanan atau mangkuk tingkat untuk membeli makanan di gerai dan restoran.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE