Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - RM7.2 juta bantu rakyat terkesan PKP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
RM7.2 juta bantu rakyat terkesan PKP

RM7.2 juta bantu rakyat terkesan PKP

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 10 Jun 2021 21:38

KANGAR : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan peruntukan sebanyak RM7.2 juta bagi menjayakan pelbagai inisiatif membantu golongan asnaf yang terjejas teruk berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sekatan pergerakan penuh.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, mereka yang dibantu itu antara yang terkesan berikutan penutupan sektor sosial dan ekonomi sepanjang PKP tersebut.

Titah baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs, peruntukan khas yang amat besar itu adalah bagi membantu rakyat di negeri ini.

“Pelbagai inisiatif yang telah dirancang akan diperincikan sebelum dilaksana bagi meringankan beban hidup mereka yang terkesan (asnaf) seperti mana yang diharapkan oleh para penyumbang zakat melalui MAIPs.

“Selain segala inisiatif yang diaturkan melalui jumlah peruntukan tersebut, MAIPs juga telah mengenal pasti beberapa inisiatif sebagai persediaan sekiranya terdapat kehendak baharu seperti contohnya jika berlakunya pelanjutan tempoh sekatan pergerakan penuh atau terdapat keperluan-keperluan wajar yang lain,” titah baginda di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, pihak MAIPs akan mengumumkan mengenai pengagihan sumbangan dan pelaksanaan inisiatif yang telah dikenalpasti secara khusus dalam sedikit masa lagi.

“MAIPs akan sentiasa berusaha memastikan segala inisiatif yang dilaksanakan ini, akan mengambil kira pelbagai faktor, termasuklah keadaan semasa dan keperluan mendesak yang akan memberi manfaat kepada golongan sasar,” katanya.

Sumber Daripada - UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE