Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - RM7.2 juta bantuan kepada rakyat Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

RM7.2 juta bantuan kepada rakyat Perlis

RM7.2 juta bantuan kepada rakyat Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 10 Jun 2021 21:29

KANGAR: Sebanyak RM7.2 juta akan disalurkan kepada rakyat di Perlis menerusi menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam mendepani sekatan pergerakan penuh atau 'total lockdown' yang sedang dihadapi oleh masyarakat di negara ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah bantuan berkenaan mendapat perkenan baginda Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

"Bantuan berkenaan disalurkan bagi menjayakan pelbagai inisiatif dalam membantu golongan asnaf di negeri ini yang terjejas teruk, berikutan arahan kerajaan berkenaan yang berkuatkuasa 1 Jun lalu.

"Dalam hal ini, MAIPs amat menjunjung kasih atas limpah kurnia baginda yang memperkenankan perutukan khas yang amat besar ini serta berbaiah setia untuk terus menjung titah dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh baginda Raja Perlis," titah baginda dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Please publish modules in offcanvas position.