Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs peruntuk RM7.2 juta bantu asnaf terkesan sepanjang PKP

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

MAIPs peruntuk RM7.2 juta bantu asnaf terkesan sepanjang PKP

MAIPs peruntuk RM7.2 juta bantu asnaf terkesan sepanjang PKP

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 10 Jun 2021 21:23

KANGAR, 10  Jun -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan RM7.2 juta untuk tujuan menjayakan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan asnaf yang terjejas  sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah  peruntukan khas yang amat besar itu bagi membantu rakyat di negeri ini.

“Pelbagai inisiatif yang telah dirancang akan diperincikan sebelum dilaksana bagi meringankan beban hidup mereka yang terkesan (asnaf) sepertimana yang diharapkan oleh para penyumbang zakat melalui MAIPs,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIPs hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah MAIPs juga telah mengenal pasti beberapa inisiatif sebagai persediaan sekiranya terdapat keperluan baharu seperti pelanjutan tempoh PKP.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor pula menambah bahawa pihak MAIPs akan mengumumkan mengenai pengagihan sumbangan dan pelaksanaan inisiatif yang telah dikenal pasti secara khusus dalam sedikit masa lagi.

"MAIPs akan sentiasa berusaha memastikan  inisiatif yang dilaksanakan ini akan mengambil kira pelbagai faktor  termasuklah keadaan semasa dan keperluan mendesak yang akan memberi manfaat kepada mereka yang disasarkan," katanya.

 

Sumber Daripada - Bernama

Please publish modules in offcanvas position.