Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jauhi IS Dan Isu Agama Yang Dipolitikkan - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Jauhi IS Dan Isu Agama Yang Dipolitikkan - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Ahad, 26 April 2015 00:28

KANGAR, 26 April 2015 (AHAD) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah perjuangan kumpulan militan IS adalah tersasar daripada ajaran Islam. Baginda bertitah bahawa Islam mengajar umatnya mengambil tindakan berhemah dan sederhana bukan dengan melakukan keganasan dalam perjuangan untuk mencapai matlamat.

"Saya hairan bagaimana IS begitu kuat dan memiliki segala senjata canggih. Anggotanya berani dan gah menunjukkan keganasan mereka, dan menghairankan mereka mendapat liputan meluas media antarabangsa.

"Siapakah kumpulan IS ini. Mungkin ini percaturan politik dunia. Oleh itu umat Islam wajar berfikir secara rasional," titah baginda semasa merasmikan Program Wacana Gerbang Perpaduan 'Mencari Titik Pertemuan Kesefahaman Antara Penganut Agama' 2015, di Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.  Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, turut berangkat ke majlis itu yang dianjurkan bersempena keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72, tahun ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) L. Gandesan.  Program dianjurkan bersama oleh JPNIN Perlis, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Majlis Profesor Negara (MPN), Persatuan Al Islah Perlis dan Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sehubungan itu, Tuanku Syed Faizuddin menasihatkan rakyat pelbagai kaum di negara ini agar menjauhi isu agama yang dipolitikkan sehingga menggugatkan perpaduan. Baginda bertitah perbezaan agama tidak seharusnya dijadikan penyebab konflik, sebaliknya masalah yang berpunca akibat perbezaan agama dan fahaman dihadapi dengan bertolak ansur.  

"Rakyat Malaysia yang berbeza agama, budaya dan etnik telah hidup dalam suasana damai dan harmoni sejak sekian lama dengan berkongsi bahasa, makanan, perayaan, budaya dan agama.  "Anugerah ini hendaklah dipertahankan supaya rakyat dapat terus menghadapi kehidupan sama ada yang berniaga, berpolitik dan sebagainya boleh bekerjasama dan saling membantu apabila negara menghadapi ujian," titah baginda.  

Tuanku Syed Faizuddin bertitah dalam usaha mencari titik pertemuan antara penganut agama, barisan kepimpinan agama terutamanya sangat dituntut menghadapi hal-hal berkaitan agama melalui perbincangan dan perundingan.  Dalam pada itu, baginda mengingatkan umat Islam supaya tidak leka dengan pihak yang cuba mempengaruhi mereka terutama IS agar menyertai perjuangan kumpulan tersebut atas nama Islam untuk berjihad.  

Baginda yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah Majlis Fatwa Agama Islam Perlis telah menyebut berjihad dalam Islam adalah untuk meninggi dan memuliakan kalimah Allah, bukan melakukan sesuatu bertentangan dengannya dan memberi implikasi negatif terhadap Islam dan umatnya.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE