Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Sampaikan Sumbangan Kepada Institusi Pendidikan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Sampaikan Sumbangan Kepada Institusi Pendidikan

MAIPs Sampaikan Sumbangan Kepada Institusi Pendidikan

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 07 Mei 2021 15:20

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan RM11,680,080 sebagai ‘Peruntukan Tahunan Kepada Institusi Pendidikan Islam Negeri Perlis Tahun 2021M/1442H’.

Sebanyak 34 buah Institusi Pendidikan Islam peringkat rendah, menengah, maahad tahfiz dan Pengajian Tinggi di seluruh Perlis terlibat dalam senarai ini. 

Antara institusi tersebut adalah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Sekolah Agama Al-Islahiyah Menengah (SAIM) Behor Mali, Sekolah Agama Al-Islahiyah Rendah (SAIR) Behor Mali, Maahad Attarbiyyah Al-Islamiah (MATRI), Sekolah Rendah Maahad Attarbiyyah Al- Islamiah (SRATI), Sekolah Menengah Agama Al-Maad Arau, Madrasah Diniah Al-Islamiyyah, Jejawi, Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, Jejawi dan Sekolah Rendah At-Taqwa Beseri. Maahad-Maahad Tahfiz yang menerima sumbangan pula ialah Al-Hikmah Pauh, Miftahul Hidayah, Tahfiz Nurus Saadah, Al-Quran dan Sunnah Bukit Jernih,
Al-Quran Darus Sunnah Padang Melangit, Al-Quran Al-Barakah Sempering, Al-Quran Al-Raudhah Mengkuang Layar, Al-Masyhur, Baitul Rahim, Al Bayan, Ulul Ahbab, Al-Othmani Repoh dan Al-Quran An-Nur Diniah Sanglang.

Sekolah-sekolah Rendah Islam lain yang terbabit ialah Satu di Jalan Abi Tok Hashim, Dua di Felda Mata Ayer, Tiga di Felda Chuping, Al-Azhar(SRIAZ) dan Mithali Aqrab (SRIMA).Peruntukan turut diberikan kepada Institut Pengajian Tinggi Perlis (IPTIPs), Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPS), Kursi Jamalullail, IKAF Quranic Academy Iqra’, International Khayr Ummah Foundation, Al-Quran Nur Intibah Changkat Lada, Al-Muqarabbin Beseri dan Al-Fashoha Academy Of Arabic Repoh.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Dr Hazman Hassan bersempena ‘Majlis Iftar @ Istana Arau’ pada malam semalam.Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda baginda Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Majlis dimulai dengan majlis berbuka puasa kemudian diikuti dengan solat maghrib berjemaah serta tazkirah yang disampaikan oleh Mufti Negeri Perlis Prof Madya Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat terawih yang diimamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs,Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Majlis yang dilaksanakan secara sederhana namun meriah dengan pematuhan SOP yang ketat itu kemudiannya diteruskan dengan jamuan moreh dan diakhiri dengan pengurniaan sumbangan kepada orang-orang tua dan anak-anak yatim dari beberapa buah rumah kebajikan dan pengamal media.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE