Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis sampai sumbangan kepada mangsa ribut n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis sampai sumbangan kepada mangsa ribut

Raja Muda Perlis sampai sumbangan kepada mangsa ribut

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 06 Mei 2021 14:00

KANGAR, 6 Mei -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada mangsa ribut di sekitar kariah Masjid Putra Simpang Empat, Arau semalam.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah meminta orang ramai agar bersikap cakna dan prihatin bagi membolehkan mereka sentiasa bersedia untuk bertindak, jika berdepan dengan sebarang kejadian bencana.

Silap (sikap kesegeraan) dan mentaliti ‘ambil tahu’ ini akan membolehkan seseorang itu bertindak lebih awal sebagai persediaan untuk meminimumkan risiko sebelum berlakunya sebarang bentuk bencana terhadap diri dan ahli keluarga,” titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan MAIPs di sini, hari ini.

Dalam kejadian ribut di beberapa kawasan sekitar Perlis khususnya, di Sanglang dan Simpang Empat yang berlaku antara 7.30 hingga 8.00 malam Isnin (4 Mei) lepas, telah mengakibatkan kira-kira 40 rumah rosak dengan bahagian bumbung dan dinding rumah berkenaan diterbangkan angin kuat.

Antara keluarga mangsa yang disantuni baginda dan menerima bantuan berkenaan ialah penjual kuih tradisional, Junaidah Ya yang menerima sumbangan sebanyak RM700, tukang rumah dan petani Mohd Solleh Hamid (RM8,000) dan pekerja pendawaian elektrik Zairul Azhar Ahmad Rodhi (RM4,500).

Selain bantuan wang tunai, mangsa juga menerima sumbangan berupa beras, kit MAIPs Peduli berserta beberapa kotak berisi makanan mentah, hasil sumbangan pelbagai rakan strategik MAIPs.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis Ruhisha Haris yang turut mengiringi baginda pada majlis berkenaan mengingatkan orang ramai agar bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan sambutan Aidilfitri kali ini, jatuh pada musim peralihan monsun Timur Laut ke monsun Barat Daya.

“Keadaan ini dijangka boleh mengancam keselamatan masyarakat kerana pada musim ini ada kemungkinan berlaku hujan, ribut petir dan  angin kencang yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan mampu mengancam nyawa serta memusnahkan harta benda,” menurut kenyataan MAIPs itu.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan perkara yang sedang berlaku di sekeliling mereka sebagai langkah berhati-hati.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE