Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Polis terima 27 laporan kerosakan rumah akibat ribut di Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Polis terima 27 laporan kerosakan rumah akibat ribut di Perlis

Polis terima 27 laporan kerosakan rumah akibat ribut di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 05 Mei 2021 07:46

KANGAR, 4 Mei -- Polis menerima 27 laporan kerosakan rumah akibat ribut yang melibatkan 11 kampung di beberapa kawasan di negeri ini, malam tadi.

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata ribut selama sejam itu bermula kira-kira 7.30 malam dan laporan berhubung kerosakan rumah kemudian diterima pihaknya sejak malam tadi hingga 10 pagi ini.

Beliau berkata kesemua 11 kampung tersebut melibatkan Kampung Bunga Emas, Kampung Serdang, Kampung Dato’ Ahmad Musa, Kampung Sungai Padang, Kampung Bongor Kudung, Kampung Tengah Tok Pulau, Jalan Sungai Baru, Kampung Padang Keria, Kampung Pauh Sanglang, Kampung Permatang Bongor serta Kampung Tok Pulau.

“Jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM130,500 namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.“Jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM130,500 namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Mangsa diminta segera membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan selanjutnya dilakukan oleh agensi berkaitan,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Surina turut menasihati kesemua mangsa supaya menjaga keselamatan diri dan keluarga serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor berkata tinjauan pihaknya pada malam tadi dan pagi ini mendapati sebanyak 25 peratus daripada 22 rumah yang terjejas memerlukan pembaikan segera menjelang sambutan Aidilfitri.

“Pihak MAIPs bersama kerajaan negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis telah menghulurkan bantuan awal malam tadi dan kita akan melakukan perbincangan bersama agensi berkaitan bagi mencari kaedah memberi bantuan dan sumbangan,” katanya.

Mohd Nazim berkata tiga kawasan yang terjejas ialah Sanglang, Simpang Empat dan Guar Sanji.

“MAIPs mengucap takziah kepada mangsa dan berharap mereka bersabar dengan dugaan ini sebagai ujian di bulan Ramadan yang membuka ruang untuk bermuhasabah,” katanya.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE