Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs agih dermasiswa kepada pelajar di Timur Tengah

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

MAIPs agih dermasiswa kepada pelajar di Timur Tengah

MAIPs agih dermasiswa kepada pelajar di Timur Tengah

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 04 Mei 2021 15:19

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan ‘Agihan Dermasiswa Untuk Pelajar Perlis di Timur Tengah’ berjumlah RM549,000 untuk mereka di Mesir dan RM90,000 lagi bagi yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan untuk tahun 2021 ini.

 

Baginda berkenan menyerahkan kepada Bekas Timbalan Yang DiPertua Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis Mesir, Muhamad Izuan Hakeem Zolkepeli yang mewakili 99 orang pelajar Perlis yang masih menuntut di Mesir. Masing-masing menerima RM6,000 serta RM1,000 tambahan untuk yuran dan pengajian daripada MAIPs.

Bekas Yang DiPertua Ikatan Mahasiswa Anak Perlis Jordan, Muhamad Fishaal Rosmi pula menerima daripada Tuanku Raja Muda bagi pihak 15 orang pelajar Perlis di Jordan masing-masing bernilai RM6,000 beserta sumbangan tambahan sebanyak RM5,000 untuk yuran dan pengajian atas sebab kadar tukaran wang yang agak tinggi di sana.

Selepas program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra menasihatkan agar disampaikan mesej kepada warga Perlis di luar negara tidak kira di mana sahaja mereka berada khususnya di lokasi-lokasi yang berisiko tinggi menghadapi gempa bumi supaya sentiasa mengambil tahu dan membuat persiapan peribadi untuk keselamatan diri dan juga harta benda masing-masing.

Antara tips yang dikongsikan baginda ialah semasa berlakunya gempa bumi jangan panik. Lindungi kepala daripada sebarang objek yang mungkin terjatuh. Matikan suis utama elektrik bagi mengelakkan kebakaran. Elakkan menggunakan lif sekiranya berada di dalam bangunan. Jangan melalui jalan-jalan atau lorong-lorong sempit tetapi sebaliknya berkumpullah di kawasan yang lapang. Sekiranya seseorang itu sedang memandu, elakkan berhenti secara mendadak. Berikanlah kerjasama sepenuhnya dalam usaha menyelamat mangsa-mangsa gempa. Pada masa yang sama juga dapatkanlah informasi yang sahih dan boleh dipercayai sahaja.

Terdapat juga risiko-risiko bencana lain yang lebih hebat di luar negara yang tiada langsung atau jarang sekali berlaku di tempat kita seperti tsunami, taufan, siklon, kebakaran hutan, banjir lumpur, hujan batu dan pelbagai lagi yang mesti juga diambil peduli dengan serius oleh rakyat Perlis sebagai masyarakat yang bermentaliti kelas pertama dalam tindakan.

Please publish modules in offcanvas position.