Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIP's keluarkan SOP operasi sekolah agama n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIP's keluarkan SOP operasi sekolah agama

MAIP's keluarkan SOP operasi sekolah agama

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 04 Mei 2021 08:54

ARAU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIP's) mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) terbaharu berkaitan kaedah pelaksanaan pengoperasian Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) setelah mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pelaksanaan berkenaan telah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Titahnya, bermula 4 Mei kehadiran murid sesi persekolahan pagi bagi SAPPs dan KAFA di sekolah-sekolah KPM Perlis ditetapkan pada Selasa, Rabu dan Khamis sahaja.

"Arahan ini tertakluk kepada murid Tahun 1 hingga 6 yang dilaksanakan secara penggiliran mingguan mengikut tahap murid iaitu murid tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) perlu hadir pada minggu genap (Minggu 2 dan 4); manakala murid tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) perlu hadir pada minggu ganjil (Minggu 1, 3 dan 5)," titahnya menerusi suatu kenyataan di sini pada Ahad.

Baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIP's bertitah, SAPPs dan KAFA akan bersambung sebaik sahaja sesi persekolahan pagi selesai dan Murid tidak dibenarkan pulang ke rumah pada waktu tengah hari.

"Perkhidmatan kantin akan beroperasi sehingga petang secara bungkus melalui kaedah prabayar bagi memudahkan murid yang terlibat, kecuali pada bulan Ramadan.

"Murid juga hanya dibenarkan untuk makan dan minum di tempat duduk masing-masing selain tidak dibenarkan berkongsi peralatan dan makanan dengan rakan-rakan lain," titahnya.

Syed Faizuddin bertitah, murid perlu membawa sejadah sendiri untuk digunakan ketika solat di sekolah dan mereka dibenarkan pulang ke rumah bermula pada jam 4.30 petang.

"Berkaitan kehadiran guru-guru, mereka dikehendaki hadir bertugas bermula pada jam 12.30 tengah hari dan pulang pada jam 5.30 petang.

"Kehadiran guru direkodkan oleh penyelaras dan disahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan," titah baginda.

Baginda menambah, masa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) murid dilaksanakan minimum tiga jam sehari termasuk masa solat dan rehat.

"Pelaksanaan SAPPs dan KAFA semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) ini akan terus berlangsung sehingga keputusan baharu dikeluarkan kelak," titahnya yang berharap guru dan murid dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan itu.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/136719/EDISI/MAIPs-keluarkan-SOP-operasi-sekolah-agama
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE