Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs salur RM3 juta kepada masjid seluruh Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs salur RM3 juta kepada masjid seluruh Perlis

MAIPs salur RM3 juta kepada masjid seluruh Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 04 Mei 2021 08:53

PADANG BESAR: Sebanyak RM3,001,323 diperuntukkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk disalurkan kepada masjid di seluruh negeri ini tahun ini.

Majlis yang diadakan di Masjid Nurul Husna, Wang Kelian dekat sini hari ini disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Pada majlis tersebut, baginda turut berkenaan menyampaikan sumbangan bantuan baik pulih rumah mikro berjumlah RM2,406,718 yang diserahkan kepada Md. Razak Md. Daud bagi mewakili amil-amil zakat MAIPs seluruh negeri ini.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs berkenan menyampaikan sumbangan ziarah dakwah daripada MAIPs bernilai RM594,603 yang diterima oleh Noorhamizi Yaakob bagi mewakili pengerusi jawatan kuasa kariah masjid seluruh negeri.

Program itu disekalikan dengan aktiviti Hijrah Minda MAIPs.

Mengiringi keberangkatan baginda, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Mohd. Hafiz Abu Seman.

Titah baginda, MAIPs telah menggariskan pelbagai inisiatif dalam pelan strategik MAIPs 2021-2025 sebagai hala tuju kelestarian agihan zakatnya.

“Melalui dokumen itu, tersusun pelbagai perancangan MAIPs dalam mendepani cabaran semasa bagi melaksanakan fungsi dan peranannya, selain turut membawa hala tuju yang jelas dalam meneruskan agenda pengurusan hal ehwal Islam yang cemerlang,” titah baginda.

Titah Tuanku Syed Faizuddin, MAIPs juga telah menyediakan Pelan Agihan Holistik MAIPs 2.0 serta menyiapkan Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0.

Terdahulu, baginda menyempurnakan penyerahan bantuan agihan zakat MAIPs kepada seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE