Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs dan YTSP Perlis Terima Sumbangan 50 Komputer Untuk Diagihkan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs dan YTSP Perlis Terima Sumbangan 50 Komputer Untuk Diagihkan

MAIPs dan YTSP Perlis Terima Sumbangan 50 Komputer Untuk Diagihkan

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 30 April 2021 08:56

30 April 2021,Kuala Perlis - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis menerima sumbangan CSR sebanyak 50 unit komputer riba daripada Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong dan kenalan-kenalan beliau.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs dan juga Tuanku Pengerusi YTSP Perlis berkenan berangkat menerima persembahan tersebut di Menara Tapak Cerapan Masjid Al Hussain Kuala Perlis pada Selasa petang.

Keberangkatan baginda bersempena program berbasikal ‘MAIPs Peduli Kali Ke 28 Bagi Tahun 2021’ anjuran MAIPs tersebut diiringi oleh Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Turut hadir ialah Penasihat Undang-Undang Negeri, Mohd Radhi Abas serta Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew.

Komputer riba tersebut akan diagihkan oleh MAIPs dan YTSP Perlis kepada Sekolah-Sekolah Amanah Jamalullail serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil terpilih, Pusat Komuniti Kg Seberang Ramai Kuala Perlis dan masyarakat Siam melalui Sekolah Kebangsaan Panggas dan lain-lain lagi yang sudahpun dikenalpasti.

Sempena program tersebut Tuanku Raja Muda beserta para peserta yang lain turut meluangkan masa singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih di sekitar kawasan Kuala Perlis.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE