Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tuanku Syed Faizuddin sampaikan sumbangan sempena mesyuarat MPKSM n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tuanku Syed Faizuddin sampaikan sumbangan sempena mesyuarat MPKSM

Tuanku Syed Faizuddin sampaikan sumbangan sempena mesyuarat MPKSM

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 29 April 2021 14:45

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan Sempena Mesyuarat Agung Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM) Cawangan Negeri Perlis 52/2021 yang diadakan di Dewan Besar Ants Hotel, Bintong dekat Kangar.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi MPKSM Cawangan Negeri Perlis Datuk Hajah Mastika Junaidah Husin dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Mohammad Hazam Ismail.

Tuanku Raja Muda selepas majlis tersebut, berharap lebih ramai lagi pihak swasta akan tampil kehadapan secara berterusan bagi membantu pihak Kerajaan dan juga NGO dalam menyantuni golongan yang memerlukan bantuan ke arah menjana masyarakat yang lebih prihatin.

Menurut Mastika dalam ucapan alu-aluan beliau, pihak MPKSM Cawangan Negeri Perlis berterima kasih kepada Perdana Menteri yang telah menaikkan elaun Sukarelawan dari RM150 kepada RM400 sebulan dan peruntukan untuk klien yang dinaikkan dari RM30 sebulan kepada RM80 sebulan melalui Bajet 2021.

Beliau menambah bahawa pada tahun ini MPKSM Cawangan Negeri Perlis menerima peruntukkan KBDR sebanyak RM704,200. Walaupun pada awalnya Perlis diperuntukkan 10 sukarelawan sahaja, tetapi dengan usaha pihak mereka dan sokongan JKM Perlis telah dapat menambah bilangan sukarelawan kepada 75 orang yang memberi perkhidmatan kepada seramai 300 orang pada tahun lalu.

Di majlis tersebut juga Syarikat PS Amusement World Sdn. Bhd. yang dihadiri oleh Pengarahnya Lim Chung Hong telah bebesar hati untuk menyalurkan sumbangan CSR mereka bernilai RM9,000 melalui MPKSM Cawangan Negeri Perlis.

Selain daripada itu “Pada hari ini juga kita mengagihkan peruntukan bekalan makanan sebanyak RM18,000 dan juga sebanyak 300 pek multivitamin bernilai RM54,000 lagi telah diserahkan kepada Jawatankuasa Anak Yatim di bawah Majlis Kebajikan Negeri Perlis”.

Jelas Mastika lagi, sepanjang menghadapi pandemik Covid-19, MPKSM Cawangan Negeri Perlis telah menerima sumbangan multivitamin dan juga pelitup muka dari syarikat The Health Shop yang telah diedarkan kepada 4 buah sekolah dan juga 2 buah kampung.

“Sebanyak 600 pek multivitamin bernilai RM108,000 telah diedarkan kepada anak-anak asnaf sebagai inisiatif proaktif untuk meningkatkan imuniti kanak-kanak dalam menghadapi wabak ini.

Di akhir majlis tersebut, Tuanku Raja Muda turut berkenan menyaksikan penganugerahan kepada para sukarelawan dan klien khidmat bantu di rumah serta sumbangan kepada para penerima serta penyampaian sijil penghargaan kepada para penyumbang.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE