Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Komuniti Felda sumbang dana kepada MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Komuniti Felda sumbang dana kepada MAIPs

Komuniti Felda sumbang dana kepada MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 26 April 2021 07:15

Komuniti Felda di negeri Perlis menyumbangkan dana wakaf tunai dan sedekah berjumlah RM36,788 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sumbangan tersebut adalah untuk disalurkan bagi tujuan pembinaan Pusat Autism Negeri Perlis (A-Heart) yang bakal dibangunkan oleh pihak MAIPs dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam masa terdekat ini di atas sebidang tanah wakaf MAIPs di Utan Aji, Perlis.

Majlis penyerahan tersebut dipersembahkan oleh Pengarah Wilayah Felda, Wan Mohd Zamri Wan Yusof kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Nurul Huda Felda Chuping, Padang Besar.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengerusi merangkap Imam Masjid, Mohd Fitri Ahmad.

Titah Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs , program ini asalnya merupakan ‘Program Sedekah RM300 komuniti Felda’ yang merupakan salah satu usaha pihak Felda untuk merubah (tranformasi) minda peneroka daripada penerima kepada pemberi. Ia sangat bertepatan dengan falsafah MAIPs selaku Pemegang Amanah Tunggal Harta Wakaf, Nazar dan Amanah di Negeri Perlis untuk merubah mentaliti masyarakat ke arah komuniti minda kelas pertama dalam tindakan. Ia juga bertujuan untuk menghidup suburkan budaya bersedekah khususnya ibadah berwakaf di kalangan peneroka Felda.

Menurut Mohd Nazim pula, selain wakaf tunai Pusat Autism, komuniti Felda Perlis turut menggerakkan program Wakaf Tunai bertujuan untuk membeli karpet baru di masjid berkenaan dan RM65,000 telah berjaya diperolehi.

Pihak pengurusan Felda turut memberikan sokongan kewangan untuk menampung kos mengecat bangunan masjid tersebut berjumlah RM15,200.

Untuk rekod, Program Wakaf MAIPs-Felda ini bakal melibatkan seramai 857 orang peneroka di Perlis dan setiap seorang digalakkan untuk menyumbang sebanyak RM300 atau mengikut kemampuan masing-masing.

Dalam tempoh yang singkat, bermula Disember 2020 sehingga kini, pihak Felda telah berjaya mengumpulkan dana wakaf tunai tersebut daripada warga Felda Rimba Mas sebanyak RM7,400, Mata Air RM10,600 dan Chuping RM18,788.

Di akhir majlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan merasmikan penamaan dewan serbaguna masjid berkenaan dengan nama Dewan Faizin.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE