Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - RHB bantu pasang solar di masjid

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
RHB bantu pasang solar di masjid

RHB bantu pasang solar di masjid

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 16 April 2021 14:29

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan ‘Program Kasih Ramadan’ dan ‘Pemasangan Solar di Masjid Al-Ghufran, Batu Dua, Kangar’ yang disumbangkan oleh RHB Islamic Bank.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Datuk Adissadikin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor serta barisan pengurusan jawatankuasa masjid tersebut.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor dan Pengerusi Eksekutif Lembah Setia Sdn. Bhd. Ahmad Ishak Haron.

Menurut Adissadikin, masjid merupakan medium terbaik dalam menyebarkan manfaat dalam pembudayaan gaya hidup hijau. Penglibatan RHB Islamic Bank bersama Lembah Setia Sdn. Bhd. dalam pemasangan solar di masjid sekitar Perlis merupakan sebahagian daripada agenda “Pengantaraan Berasaskan Nilai” atau lebih dikenali sebagai “Value Based Intermediation” (VBI) oleh bank berkenaan.

RHB Islamic Bank juga bersetuju menyumbang RM100,000 bagi pelaksanaan pemasangan solar di masjid ini.

“Kita berharap agar inisiatif ini dapat membantu meringankan beban kos elektrik yang ditanggung oleh pihak masjid” jelas beliau.

Selain itu, RHB Islamic Bank turut bercadang mewujudkan tabung wakaf solar bagi memberi peluang masyarakat menyumbang kepada pemasangan solar di masjid-masjid yang lain di sekitar Perlis. Sumbangan boleh dibuat melalui pengimbasan Kod QR dan wang akan terus ke akaun dana wakaf solar masjid tersebut.

Adissadikin menambah bahawa inisiatif sebegini membawa RHB Islamic Bank lebih dekat ke arah merealisasikan visi membina komuniti mampan, di samping menyampaikan pengalaman, produk dan perkhidmatan yang berguna kepada semua pelanggannya.

“Kami berharap dapat terus bekerjasama dengan MGTC untuk menjadikan rumah ibadat sebagai pusat pemangkin kelestarian alam sekitar dalam memupuk budaya gaya hidup hijau di kalangan ahli kariah, dan sebagai contoh bangunan komuniti yang cekap tenaga, cekap air, mesra alam dan rendah karbon, tambah beliau.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE