Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - KUIPs terus tarik minat pelajar antarabangsa

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
KUIPs terus tarik minat pelajar antarabangsa

KUIPs terus tarik minat pelajar antarabangsa

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 16 April 2021 14:27

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) konsisten mencipta kelainan yang boleh dijadikan “selling points” bagi menarik minat pelajar antarabangsa untuk mendaftar bersamanya.

Dengan penawaran-penawaran program akademik yang kompetitif, KUIPs yang beroperasi di Kuala Perlis, Perlis dilihat mampu menyokong hasrat Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri program ‘MAIPs Peduli Kali Ke 21 Bagi Tahun 2021’ anjuran pihak KUIPs dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang bermula dan berakhir di Dataran Kolej Kediaman KUIPs di Kg Seberang Ramai, Kuala Perlis baru-baru ini.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar dan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIPs, Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Tuanku Canselor kolej universiti milik penuh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis berkenaan menambah bahawa berdasarkan ‘Pelan Perancangan Strategik KUIPs 2020-2024’, kolej universiti yang kini sudahpun mempunyai 136 pelajar antarabangsa daripada komposisi 15 buah negara juga telah merangka dan menjalankan beberapa pelan pengantarabangsaannya melalui perlaksanaan program mobiliti pelajar dan staf, program pertukaran pelajar serta mendapatkan pengiktirafan program di peringkat antarabangsa melalui kerjasama dengan pihak universiti luar negara.

Sementara itu, Husaini pula dalam ucapannya di akhir program berasa amat teruja dengan kejayaan ‘Projek Transformasi Kampung’ di Kuala Perlis yang diinisiatifkan oleh pihak MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis atas cetusan idea Tuanku Raja Muda dan juga anakanda sulung baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Beliau telah meminta Bahagian Industri & Masyarakat Jabatan Pendidikan Tinggi yang diketuai oleh Pengarahnya, Mohd Sharil Abdullah untuk melaksanakan satu kajian khas sebagai penanda aras dan rujukan kepada projek University For Society (U4S) KPT mengenai ‘Projek DiRaja’ yang dilihatnya telah berjaya mengubah landskap beberapa buah kampung terbabit menjadi lebih bersih dan ceria di samping meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat dengan kerjasama pelbagai agensi di negeri itu.

Bersempena program tersebut juga Tuanku Syed Faizuddin Putra selain singgah meninjau ‘Program Transformasi Kg Seberang Ramai’ dan mengecat secara simbolik program CSR KUIPs di tepi Jambatan Tuanku Syed Putra, turut berkenan menyerahkan agihan zakat MAIPs kepada 3 buah rumah keluarga asnaf terpilih di Kg Seberang Tok Pi dan Jalan Semarak selain 25 orang lagi menerima bantuan masing-masing di Masjid Rahmaniah Kuala Perlis.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE