Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jangan Sambil Lewa Kendalikan Kes – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jangan Sambil Lewa Kendalikan Kes – Raja Muda Perlis

Jangan Sambil Lewa Kendalikan Kes – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 12 April 2021 14:51

ARAU : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan peguam syarie agar melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan tidak bersikap sambil lewa dalam mengendalikan sesuatu kes.

Titah baginda, hal demikian penting agar kes dapat dikendalikan dengan baik dan dalam tempoh yang munasabah untuk diselesaikan selain perlu sentiasa amanah serta bertanggungjawab.

“Amanah yang besar ini memerlukan pengamalan nilai-nilai integriti, etika dan komitmen yang tinggi agar hak mereka yang menggunakan khidmat peguam itu akan terbela berdasarkan kehendak hukum syarak,”
titah baginda ketika merasmikan majlis pentauliahan peguam syarie negeri Perlis di Dewan Harumanis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di sini hari ini.

Turut hadir, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Hakim Syarie negeri, Ibrahim Deris.

Pada majlis anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) itu, seramai 69 peguam syarie telah ditauliahkan.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, peguam syarie hendaklah sentiasa menambah ilmu dalam bidang guaman dan perundangan selain tidak statik dengan amalan kebiasaan sahaja.

“Hal ini penting supaya peguam syarie dapat memberi khidmat guaman berdasarkan hukum syarak dan peruntukan undang-undang yang tepat bagi menjamin keadilan kepada semua pihak,” titah baginda.

UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE