Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kesatuan Kunci Kekuatan Ummah - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Kesatuan Kunci Kekuatan Ummah - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Jumaat, 27 Februari 2015 00:27

KRABI, Thailand: Kesatuan umat Islam yang merentasi sempadan negara, bangsa, bahasa dan warna kulit adalah kunci kekuatan ummah, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Baginda bertitah, Rasulullah SAW sendiri sentiasa memastikan kesatuan umatnya sehingga baginda meleburkan semangat taksub perkauman dalam kalangan masyarakat Arab di bumi Madinah. "Hal ini terampil dengan tindakan Rasulullah SAW menyatupadukan dan mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar bahkan menitikberatkan hubungan bersama orang bukan Islam," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah merasmikan 'Multaqa Ummatan Wahidah' (Pertemuan Satu Umat) anjuran bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Majlis Agama Islam (MAI) enam wilayah Andaman Thailand di Krabi Front Bay Resort di sini semalam.

Wilayah terbabit ialah Satun, Trang, Krabi, Phanga, Phuket dan Ranong.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan puteri kedua baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Romli Dai, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali dan Yang Dipertua MAI Wilayah Krabi, Asnawi Mukura.

Raja Muda Perlis yang juga Yang Dipertua MAIPs, bertitah pihak berautoriti (yang terlibat dengan Multaqa) dan menetapkan dasar pentadbiran agama Islam di tempat masing-masing hendaklah memainkan peranan dan memastikan elemen perpaduan di kalangan umat Islam dengan masyarakat tempatan sentiasa terpelihara.

"Hubungan baik dengan bukan Islam dilihat sebagai 'khaira ummah' yang menjadi 'pembawa rahmat keseluruh alam," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Pada sebelah pagi berlangsung bengkel membabitkan ahli-ahli MAI enam wilayah tersebut dan anggota-anggota MAIPs membincangkan isu antaranya pengurusan nikah kahwin, pengesahan halal, permohonan bantuan dan sumbangan, pendidikan, penggunaan bahasa Melayu dan dakwah yang diharap menjadi pemangkin kecemerlangan umat Islam kedua-dua negara.

Mufti Kerajaan Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan bekas Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya terlibat sebagai panel manakala pensyarah kanan Universiti Sains Islam Malaysia merangkap ahli MAIPs, Ustaz Nizamuddin Zakaria sebagai moderator.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE