Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Talaqi secara maya bantu pensyarah dan guru al-Quran juarai Tilawah al-Quran n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Talaqi secara maya bantu pensyarah dan guru al-Quran juarai Tilawah al-Quran

Talaqi secara maya bantu pensyarah dan guru al-Quran juarai Tilawah al-Quran

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 08 April 2021 08:45

KANGAR, 7 April  -- Talaqi secara maya tidak menjadi penghalang buat seorang pensyarah dan guru al-Quran muncul sebagai Johan Tilawah al-Quran peringkat negeri Perlis 2021.

Johan Qari pada tahun ini ialah Mohamad Anas Abdul Hadi, 32 , seorang pensyarah dalam bidang Usuludin di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP) dan Johan Qariah Nur Syafirah Jusoh, 34 pula merupakan guru al-Quran di Jejawi, Arau.

Mohamad Anas berkata sekatan perjalanan  akibat wabak COVID-19 tidak menghalang beliau untuk terus bertalaqi membetulkan bacaan al-Quran secara maya.

"Saya menggunakan aplikasi WhatsApp bagi menghantar audio bacaan al-Quran kepada guru saya yang berada di Malaysia dan Jordan.

Walaupun pada awalnya agak kekok namun akhirnya ianya jadi satu kebiasaan," katanya kepada Bernama  di sini malam ini.

Turut berkongsi pengalaman sama, Nur Syafirah berkata beliau menghabiskan masa satu jam sehari bertalaqi dengan guru menggunakan aplikasi zoom.

"Saya harap wabak COVID-19 cepat berakhir agar dapat segera bertalaqi secara bersemuka dengan guru al-Quran kerana ianya lebih memberi kepuasaan kepada saya," kata ibu kepada lima orang anak itu.

Qari dan qariah  masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta hadiah iringan disampaikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda berdua Sharifah Khatreena Nuraniah Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Pemenang akan mewakili negeri Perlis ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur dari 13 hingga 18 Jun tahun ini.

--BERNAMA

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE