Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran bukan sekadar acara tahunan - Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran bukan sekadar acara tahunan - Raja Perlis

Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran bukan sekadar acara tahunan - Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 08 April 2021 08:42

KANGAR, 7 April  -- Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran yang dianjurkan setiap tahun bukan  sekadar acara tahunan sebaliknya ia  adalah untuk mendidik dan mengajak umat Islam mencintainya.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah al-Quran bukan hanya sekadar untuk dibaca sebaliknya perlu juga difahami maksudnya.

"Mereka yang berusaha memahami isi kandungan al-Quran adalah orang yang benar-benar ingin tahu titah perintah Tuhan Yang Agung.

"Bagi yang memahami bahasa Arab bolehlah melihat kitab-kitab tafsir yang muktabar," titah baginda pada  Majlis Perasmian Penutup Tilawah dan Menghafal al-Quran Peringkat Negeri Perlis di Dewan Warisan di sini malam ini.

Baginda bertitah al-Quran juga adalah penawar, penyejuk hati, menenangkan jiwa yang resah dan tertekan.

Titah baginda, jika bulan Ramadan menjadi mulia kerana al-Quran yang turun di dalamnya, maka manusia juga akan menjadi mulia apabila berpegang dengan panduan al-Quran.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda berdua Sharifah Khatreena Nuraniah Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan barisan exco kerajaan negeri.

-- BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE