Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis laksana pendigitalan data nikah, cerai n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis laksana pendigitalan data nikah, cerai

Perlis laksana pendigitalan data nikah, cerai

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 08 April 2021 08:39

Perlis melaksanakan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) yang mula diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2012.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) berjaya mendigitalkan rekod 55,264 pasangan di negeri ini.

Baginda bertitah, JAIPS mula melaksanakan pendigitalan data itu secara intensif pada hujung 2016.

Inisiatif berkenaan, titah baginda, dapat mempercepatkan proses mendapatkan salinan surat perakuan nikah, cerai atau rujuk kepada hanya sejam berbanding 14 hari bekerja sebelum ini.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Penyempurnaan Pendigitalan Data Perkahwinan Orang Islam Negeri Perlis di Dewan Syed Sirajuddin JAIPs di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah JAKIM Datuk Abdul Aziz Jusoh dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Raja Muda Perlis bertitah, pendigitalan data itu selaras dengan Pelan ‘Perlis Go Digital’ yang dilihat mampu memacu kecemerlangan Program Perlis Digital Muslim bagi Kluster Masyarakat Digital, khasnya melalui strategi pendigitalan sepenuhnya Pentadbiran Islam Perlis dan mencipta gaya hidup Muslim Digital Perlis.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, antara objektif usaha pendigitalan data itu adalah bagi menyelamatkan rekod yang sebelum ini ditulis secara manual serta memudahkan proses merujuk dan memproses data.

– BERNAMA.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE