Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Syarikat Korporat Digalakkan Laksana Program CSR Di Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Syarikat Korporat Digalakkan Laksana Program CSR Di Perlis

/ Archive MAIPs / Rabu, 25 Februari 2015 00:27

PADANG BESAR, 25 Feb (RABU) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah syarikat-syarikat korporat yang berminat melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Perlis digalakkan supaya menjalin kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, kerjasama itu memberi pelbagai kelebihan dan manfaat kepada syarikat-syarikat terbabit."MAIPs adalah agensi berkelayakan mengurus golongan yang memerlukan selain terlibat dalam soal kebajikan dan membantu kumpulan masyarakat serta berpengalaman luas melaksanakan pelbagai program CSR di Perlis", titah baginda pada majlis pelancaran 'Pusat Celik Minda' Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup di sini, Selasa.

Tuanku Syed Faizuddin turut merasmikan program CSR Malaysian Investment Development Finance Bhd (MIDF) bagi tahun 2015 serta penyerahan zakat pendapatan syarikat itu untuk tahun 2014.Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, ketua pegawai eksekutif MAIPs Abdul Malik Hussin, pengarah urusan kumpulan MIDF, Datuk Mohd Najib Abdullah dan ketua pegawai operasi MIDF, Azizi Mustafa.Menurut baginda, MIDF, MAIPs dan Jabatan Pendidikan Perlis bekerjasama mewujudkan pusat tuisyen 'Celik Minda' di Taman Desa Asnaf untuk melestarikan program CSR MIDF selain merancang beberapa program CSR di Perlis tahun ini.Sebelum itu, dalam ucapannya, Mohd Najib berkata pusat tuisyen berkenaan berupaya membimbing 40 murid Tahun Enam yang akan mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dipilih daripada golongan asnaf dari lima buah sekolah.Menurutnya kelas tuisyen itu dilaksanakan pada setiap hari Sabtu mulai Mac hingga September tahun ini dan MIDF turut menyediakan pengangkutan bagi mengambil murid-murid terbabit agar mereka tidak tercicir menghadiri kelas.Baginda kemudian diiringi pegawai-pegawai kanan MIDF menyertai program berbasikal 'Jejak Asnaf - MAPPs Peduli' kali ke-16 sejauh 12 kilometer.Dalam program itu, baginda menyampaikan sumbangan kepada warga asnaf di sembilan buah rumah sekitar Batu Bertangkup.

 

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE