Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Umat Islam Harus Makmurkan Al-Quran – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Umat Islam Harus Makmurkan Al-Quran – Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Jumaat, 13 Februari 2015 00:27

KANGAR, 13 Feb (Jumaat) - Al-Quran yang merupakan pedoman dan penyuluh utama kehidupan umat Islam di dunia dan akhirat selayaknya berada dalam hati setiap penganutnya, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.Baginda bertitah, al-Quran memastikan umat Islam tidak hanyut dan alpa serta dapat menunaikan peranan sebenar sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini."Kita bertanggungjawab membudayakan al-Quran dalam kehidupan, keluarga dan kerjaya. Anak-anak dan remaja kita harus didedahkan dengan al-Quran seawal mungkin, lebih awal dari mereka dikenalkan dengan gajet-gajet moden.

"Dengan cara ini, kita dapat terus memakmurkan al-Quran dalam hati setiap umat Islam," titah baginda ketika merasmikan penutupan majlis menghafaz al-Quran peringkat negeri 2015 bertema 'Perpaduan Nadi Transformasi Ummah' di Masjid Alwi di sini, Khamis malam.Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man serta Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyampaikan ceramah khas.Tuanku Syed Faizuddin bertitah umat Islam hari ini harus terus memakmurkan al-Quran bagi menjamin keteguhan hati serta memastikan generasi muda terus membesar dalam lingkungan dan jagaan al-Quran.Pada majlis itu, Muhammad Fathi Ahmad memenangi hafalan juzuk satu hingga 10 manakala ketegori wanita dimenangi Naqiyyah Ahmad yang juga peserta tunggal.Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan sijil.Kategori juzuk 1-20 pula disandang Muhammad Yazid Nazri yang menerima hadiah RM3,000 serta sijil. Tiada peserta wanita dalam kategori ini.Sebanyak 37 peserta menyertai majlis menghafaz itu selama dua malam bermula Rabu lepas.Johan setiap kategori akan mewakili Perlis ke peringkat kebangsaan yang dijadual berlangsung di Alor Setar bulan depan.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE