Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kerjasama Pihak Berkuasa Agama Di Thailand Dan Perlis Akan Manfaatkan Umat Islam -Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Kerjasama Pihak Berkuasa Agama Di Thailand Dan Perlis Akan Manfaatkan Umat Islam -Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Khamis, 05 Februari 2015 00:27

ARAU, 5 Feb 2015 (Khamis) - Pihak berkuasa agama di Perlis dan pihak berwajib di Thailand harus bekerjasama dengan lebih erat serta mengadakan lebih banyak dialog dan perbincangan bagi menghalusi isu-isu berbangkit berkaitan agama Islam.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah cara itu diharap mencapai penyelesaian yang merintis kepada kejayaan dan kebaikan umat Islam Thailand dan juga Perlis.

Baginda bertitah soal seperti memastikan kesahihan permohonan sumbangan oleh sekolah-sekolah agama di Thailand kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta permohonan kebenaran memungut derma dan pengesahan produk halal boleh diatasi.

"Di samping itu perkara penting membabitkan perkongsian prosedur perkahwinan yang boleh dipraktikkan seperti isu perkahwinan yang melibatkan pengiktirafan di semua wilayah, kes poligami dan perkahwinan bawah umur.

"Kita mungkin boleh mencapai kata sepakat dalam penetapan Rukyah dan Hilal serta mengekang ajaran sesat," titah Syed Faizuddin merangkap Yang DiPertua MAIPs ketika mengalukan delegasi Yang Dipertua Majlis-Majlis Agama Islam (MAI) dari enam wilayah Andaman Thailand pada majlis taklimat agensi Agama Islam Perlis di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, Khamis.

Delegasi 38 orang dari Phuket, Phang Nga, Krabi, Trang, Satun dan Ranong berada di Perlis selama dua hari mulai hari ini untuk mengadakan perbincangan dan melihat peluang kerjasama dengan pihak-pihak berkuasa agama di Perlis.

Mereka turut diberi taklimat mengenai pembangunan UniMAP oleh Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin.

Syed Faizuddin bertitah masalah yang sering menjadi isu umat Islam Malaysia yang berkahwin di Thailand termasuk persoalan Wali Hakim atau Wali Amr dan jurunikah yang sah boleh diselesaikan demi kebaikan umat Islam.

Baginda bertitah Perlis menyediakan peluang untuk pelajar Thailand melanjutkan pengajian dalam bidang agama di negeri ini dengan mempermudahkan prosedur dan termasuk kerjasama akademik dengan universiti atau institusi pendidikan di negara Gajah Putih itu.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE