Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Normal Baharu Kunci Pemulihan Pandemik Dan Ekonomi – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Normal Baharu Kunci Pemulihan Pandemik Dan Ekonomi – Raja Muda Perlis

Normal Baharu Kunci Pemulihan Pandemik Dan Ekonomi – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 25 Februari 2021 09:37

Dalam meningkatkan ekonomi dan pada masa yang sama memastikan penularan COVID-19 di Perlis terus boleh dikawal dan dicegah, maka rakyat disarankan supaya terus mengamalkan normal baharu supaya ekonomi terus dapat dipacu.

Para peniaga hendaklah mengamalkan normal baharu dalam perniagaan. Peniaga yang pantas mengadaptasi akan mampu menjana keuntungan ekonomi.

Jalankanlah perniagaan di premis dengan pematuhan SOP. Selain daripada itu, naikkan taraf perkhidmatan dengan menggunakan platform digital serta gunakan juga perkhidmatan penghantaran ke rumah.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat melancarkan pengoperasian ‘Perkhidmatan Bas TRA Xpress dan Suhana Adil 769 Xpress di Pauh Putra.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda-anakanda baginda berdua, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengurus Besar Suhanaaidil 769 Express Mohd Sofian Md Yusop dan Pengarah Urusan TRA Express Mohd Faizal Abdullah serta Pengarah Eksekutifnya Fauziah Che Ani.

Menurut Sofian pula, buat masa ini pejabat urusan syarikat bas ekspres dan persiaran berkenaan terletak di Kuala Perlis dan Hentian Rehat Pauh Putra, Perlis. Buat permulaan nanti harga tiket yang bakal dikenakan bagi perjalanan dari Kuala Perlis ke Kuala Lumpur ialah RM50 dan Kuala Perlis ke Johor Bahru sebanyak RM85. Bas tersebut menyediakan 30 tempat duduk yang selesa. Syarikat itu juga mempunyai bas-bas persiaran.

Tambah beliau lagi, “Sebagai sebuah syarikat bas tempatan yang baharu, kami menjanjikan perkhidmatan yang terbaik. bersih, selesa dan selamat bagi memenuhi pemintaan penumpang dan menjamin keselamatan mereka. Sekiranya keadaan kembali baik dan pintu sempadan negara dibuka, syarikat ini bercadang untuk turut menyediakan perkhidmatan bas dari Hatyai, Thailand ke Singapura.




Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE