Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Besar Harapan Covid-19 Berakhir, Ekonomi Pulih – Raja Muda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Besar Harapan Covid-19 Berakhir, Ekonomi Pulih – Raja Muda

Besar Harapan Covid-19 Berakhir, Ekonomi Pulih – Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 25 Februari 2021 09:23

KANGAR: Seluruh rakyat sangat berharap pandemik Covid-19 segera berakhir sekali gus dapat melihat ekonomi kembali pulih selain peluang pekerjaan bertambah baik.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, rakyat di negeri ini perlu membuka minda serta berfikiran lebih kreatif dan inovatif bagi mengharungi tahun 2021 yang lebih mencabar.

Titah baginda, sebahagian besar kegiatan ekonomi negeri ini boleh dipulihkan jika semua sektor mematuhi prosedur operasi standard (SOP) meskipun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

“Tindakan kerajaan melonggarkan kawalan pergerakan dijangka dapat memacu semula aktiviti ekonomi domestik tetapi perlulah dengan kelaziman baharu. 

“Selain itu, perlu juga diimbangi risiko perkembangan ekonomi terhadap penularan Covid-19 kerana kegagalan dalam melaksanakan kelaziman baharu dan pematuhan SOP ini dengan lebih ketat serta penuh berdisiplin boleh menyebabkan berlaku kluster Covid-19 di beberapa sektor ekonomi di beberapa tempat lain,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyerahan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 25 warga asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Kampung Seberang Ramai di Masjid Saidina Abu Bakar Al-Siddiq Kuala Perlis, di sini hari ini.

Turut mengiringi baginda ialah Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs turut berharap agar ekonomi di negeri ini cepat bangkit dan dalam masa sama kes jangkitan Covid-19 dapat dikekang.

UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE