Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis tinjau keadaan kediaman mangsa ribut n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis tinjau keadaan kediaman mangsa ribut

Raja Muda Perlis tinjau keadaan kediaman mangsa ribut

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 22 Februari 2021 15:31

“Saya amat bersyukur dan terharu atas keprihatinan Tuanku yang berangkat singgah bertanya khabar dan mengurniakan sumbangan pada hari ini.”

Demikian luahan Kama Hamzah, 45, ketika menyambut keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meninjau keadaan kediaman beliau yang terjejas dipukul ribut baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 4 petang itu mengakibatkan struktur bumbung rumah beliau rosak teruk diterbangkan angin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan singgah menyampaikan sumbangan MAIPs untuk membantu menyegerakan proses baikpulih rumah berkenaan.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor yang memaklumkan bahawa
dalam perkembangan yang sama, sebanyak 3 lagi buah rumah turut terjejas ekoran kejadian ribut di 3 lokasi berlainan iaitu di Kampung Telok Jambu Bintong, Kampung Kebun Arau dan Kampung Rambai Pauh.

Tambah beliau, ‘Beberapa agensi telah memulakan tindakan awal seperti MAIPs, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) termasuk para pemimpin masyarakat dan juga badan bukan kerajaan seperti Perlis Volunteer Action Community (PVAC) untuk sama-sama tampil menghulurkan bantuan’.

Dalam pada itu, Tuanku Raja Muda bertitah menasihatkan agar para penduduk di kawasan berisiko angin kencang di seluruh negeri ini sebagai ‘Rakyat Perlis yang Hidup Bersiap Sedia’ untuk mengambil langkah berjaga-jaga awal antaranya dengan memperkemas struktur bumbung rumah atau gerai masing-masing. Nasihat dan pandangan boleh diperolehi daripada para tukang yang mempunyai kemahiran dalam pertukangan dan pembinaan rumah yang ada di setiap kampung.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE