Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP tekankan kemandirian universiti n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UniMAP tekankan kemandirian universiti

UniMAP tekankan kemandirian universiti

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 16 Februari 2021 15:50

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa memberikan fokus yang tinggi mengenai ‘Teras Kelestarian Kewangannya’. Objektif utama teras ini ialah untuk kemandirian universiti, dengan cara tumpuan diberikan kepada pemerolehan endowmen dan wakaf untuk kemakmuran dan kesejahteraan universiti, mengumpul dana keusahawanan pelajar dan usaha menuju ke arah kewangan yang mampan.

Antara inisiatif utama yang pihak universiti laksanakan ialahmendapatkan dana daripada agensi yang dikenal pasti melalui aktiviti keusahawanan sosial dan keusahawanan yang berbentuk perniagaan berimpak tinggi dari dalam dan juga luar negara serta membudayakan konsep wakaf/endowmen dalam kalangan staf Universiti, pada masa yang sama menjalankan aktiviti pengumpulan dana atau ‘fundraising’

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Ulangtahun universiti berkenaan yang disambut pada hari semalam mengikut rujukan surat pelantikan Rektor pertama Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) iaitu nama asal UniMAP sebelum ini iaitu pada 15 Februari 2002, 19 tahun yang lalu.

Menurut baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP lagi, ‘Perbezaan antara jumlah geran mengurus dan perbelanjaan mengurus perlu ditampung daripada peruntukan sumber dalaman yang dijana oleh pihak Universiti sendiri. Oleh itu, dalam usaha mencapai kemampanan kewangan, setiap Pusat Tanggungjawan di UniMAP akan bersama-sama memikirkan cara bagi membolehkan sumber kewangan dijana berdasarkan bidang dan kemahiran yang ada di Pusat Tanggungjawab masing-masing’.

‘Dari segi governan pula, Pusat-pusat Tanggungjawab ini akan berhubungan dengan Pusat Pembangunan Profesional dan Pembelajaran Berterusan (PDCE) di bawah struktur baharu yang menguruskan UniMAP@KL dan UniMAP@Kulim, serta One Stop Centre (OSC) yang berada di bawah pengurusan Pejabat Penolong Naib Canselor (Kelestarian Kewangan) bagi mendapatkan khidmat nasihat dan fasilitasi dalam perancangan masing-masing’ terang Tuanku Syed Faizuddin Putra.

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE