Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Nasihat Pelajar Tolak Ekstremisme n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Perlis Nasihat Pelajar Tolak Ekstremisme

/ Archive MAIPs / Khamis, 22 Januari 2015 00:27

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa berada di Madinah menasihati pelajar yang sedang belajar di negara timur tengah supaya menolak ekstremisme.Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah perbuatan ekstrem dan melampau adalah tidak sejajar dengan ajaran agama Islam yang berpegang kepada konsep wasatiyyah atau kesederhanaan.

"Elakkan mengambil maklumat secara semborono, sebaliknya sentiasa merujuk dengan pihak yang ada autoriti untuk mengesahkan kesahihannya," titah baginda pada program Mesra Ukhuwah Pelajar Perlis Universiti Islam Madinah di sebuah hotel di Madinah Rabu malam.Menurut siaran media MAIPs yang dikeluarkan di sini pada Khamis, baginda berangkat ke program anjuran MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) itu selepas melakukan umrah sejak dua hari lalu.Pada program itu, baginda yang juga Pengerusi YTSP turut menyampaikan sumbangan bersama MAIPs dan YTSP berjumlah RM24,000 kepada 12 pelajar universiti itu.Lebih 200 pelajar Malaysia sedang menuntut di universiti tersebut.Syed Faizuddin turut menasihati pelajar supaya memberi tumpuan kepada pelajaran dengan turut menguasai bahasa Arab dan Inggeris selain menambah kemahiran dalam pelbagai bidang.Turut mengiringi baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, selain Pengurus Baitulmal MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

 

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE