Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PKP: ‘Perlis Mengaji’ Dilaksanakan Semula n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
PKP: ‘Perlis Mengaji’ Dilaksanakan Semula

PKP: ‘Perlis Mengaji’ Dilaksanakan Semula

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 25 Januari 2021 09:41

Sebagai alternatif kepada arahan penangguhan semua aktiviti berkumpulan khususnya pengajian, kuliah dan kelas bimbingan di masjid dan surau seluruh Perlis, Program ‘Perlis Mengaji’ kembali dilaksanakan bermula 22 Januari hingga 4 Februari 2021 ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di negeri ini.

Menurut siaran media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), program yang diurusetiakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) melalui sumbangan dana daripada MAIPs, meriah menyajikan pelbagai tawaran pengajian seperti Kuliah Subuh, Dhuha dan Maghrib untuk tatapan seluruh masyarakat.

Selain itu, turut dilaksanakan ialah Program Tadarus Al-Quran, Belajar Tajwid Interaktif dan Belajar IQRA’ online untuk faedah pelbagai golongan sasar, daripada kanak-kanak sehingga warga emas.

Tambah menarik lagi, tayangan yang dipancarkan terus melalui laman ‘facebook’ Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Suara Sunnah Channel (SSC) tersebut turut dapat diulang tayang selain akan dimuat naik ke dalam laman ‘youtube’ sebagai langkah dan usaha menyebarluaskan lagi capaian ilmu kepada masyarakat.

Pada kesempatan yang sama, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Dr. Hj. Hazman Hassan berkata, usaha pihaknya adalah untuk melestarikan inisiatif yang diperkenankan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs, selain pihaknya turut merancang untuk menyajikan nilai tambah dalam siri pelaksanaan program tersebut kali ini.

“Jika dalam siri terdahulu, kami telah menyiarkan program seperti berita ‘Serambi Perlis Mengaji’, forum, takbir hari raya, siaran langsung solat gerhana, terawih dan hari raya, slot senaman kecergasan, lintas langsung Sambutan 1 Kurun MAIPs di Istana Arau, maka dalam siri kali ini, insyaAllah sesuatu yang sifatnya kontemporari bakal disajikan kepada masyarakat sejajar dengan titah saran Tuanku Raja Muda untuk menjadikan pandemik ini sebagai hikmah menjana perubahan dan bukan semata-mata penghalang kemajuan”, jelas Hazman.

Untuk rekod, Program ‘Perlis Mengaji’ siri terdahulu turut melaksanakan ‘Tuisyen Online’ dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri. Ia telah bersiaran selama 150 hari melalui aplikasi facebook secara terus menerus dari 18 Mac 2020 sehingga 18 Ogos 2020. Inisiatif ini berjaya dimanfaatkan bukan sahaja masyarakat Perlis, malah diikuti oleh rakyat dari luar negeri ini sepanjang tempoh berkenaan.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE