Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis titah MAIPs harus memayungi mereka yang ingin berbakti n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis titah MAIPs harus memayungi mereka yang ingin berbakti

Raja Muda Perlis titah MAIPs harus memayungi mereka yang ingin berbakti

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 18 Januari 2021 11:39

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hendaklah menjadi payung yang lebar, melebarkan keredupan dan naungan bagi yang memerlukan, serta menjadi tanah yang subur untuk mereka yang ingin berbakti.

Majlis tersebut juga mesti tampil menzahirkan pelbagai inisiatifnya dengan jelas, tuntas, dan terampul agar keterlihatan MAIPs sentiasa terserlah.

Pada masa yang sama, MAIPs perlu berkemampuan untuk menggerakkan setiap tenaga di semua peringkat agar seluruh rakyat dapat bersama-samanya demi merealisasikan fungsi, peranan dan kuasanya seperti yang terkandung dalam ‘Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis 2006’.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan majlis pembukaan ‘Bengkel Agihan Holistik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) 2.0 Tahun 2021’ yang diadakan di Bilik Mesyuarat Dewan Kulliyah MAIPs Behor Temak, Kangar.

Keberangkatan tiba baginda yang diiringi anakanda sulung, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra yakin ahli-ahli yang menganggotai sidang perbengkelan pada kali ini dapat memberikan pandangan dan saranan ke arah pemantapan MAIPs selaras dengan semua aspirasi dalam ‘Pelan Strategik MAIPs 2021-2025’.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE