Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Perkenan Teqball Dipromosi Di Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Raja Muda Perlis Perkenan Teqball Dipromosi Di Perlis

Raja Muda Perlis Perkenan Teqball Dipromosi Di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 15 January 2021 11:06

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail memperkenankan supaya sukan Teqball diperkenal, dipromosi dan seterusnya diketengahkan sebagai salah satu lagi aktiviti sukan baru yang popular bagi mengalakkan gaya hidup yang sihat dan aktif di kalangan rakyat khususnya remaja di negeri Perlis.

‘Teqball’ yang mengabungkan bola sepak dan ping pong itu adalah sukan revolusi baru, yang sangat sesuai untuk mereka yang bercita-cita untuk mengembangkan lagi kemahiran teknikal, tumpuan dan stamina masing-masing.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menerima persembahan taklimat pengenalan mengenai sukan yang diperkenalkan sejak tahun 2012 di Hungary oleh Gábor Borsányi, György Gattyán serta Viktor Huszár dan kini sudahpun tersebar ke 83 buah negara di seluruh dunia oleh Presiden Persatuan Teqball Malaysia (MTA), K.J. Siva dan Naib Presidennya, Nasruddin Nazar di Arau.

Menurut Siva, “Teqball hanya memerlukan sebuah meja yang berbentuk bengkok yang khusus dan ‘lawan’ di bahagian hujung meja. Sekiranya seseorang itu dapat ‘menimbang’ bola sebanyak tiga kali, maka beliau boleh unggul dalam sukan Teqball.

Tambah beliau lagi, ‘Jiwa’ Teqball adalah mejanya. Peralatan ini mengambil masa bertahun-tahun untuk melalui pelbagai ujian dan penyelidikan sehingga terhasillah bentuk meja yang amat inovatif dan canggih seperti ini. Bahagian jaringnya diratakan, dan oleh yang demikian bola boleh melantun semula daripadanya, jadi dengan cara ini, konsep permainannya adalah tanpa sebarang bentuk gangguan dan amat menarik”.

Jelas Nasruddin pula, “Banyak bintang-bintang bekas atlet dan juga pemain bola sepak bertaraf dunia juga kini telah beralih angin menjadikan Teqball sebagai sebahagian daripada latihan mereka”.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda turut memperkenankan supaya protem Persatuan Teqball Negeri Perlis diwujudkan dalam masa yang terdekat ini bagi memastikan negeri ini merupakan yang pertama mempunyai fasilitas lengkap di Malaysia sebagai tambahan kepada beberapa buah meja yang sudahpun disumbangkan oleh MTA kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan juga Majlis Sukan Negeri baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra melihat sukan Teqball ini akan mampu mengharumkan nama negeri Perlis hingga ke persada dunia sebagaimana yang telah berjaya dilaksanakan melalui sukan woodball sebelum ini dengan penglibatan padu daripada institusi-institusi pengajian tinggi, MSN dan juga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis (MSSPs).

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE