Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Ibu tunggal cadang guna faedah pencen penakat sebagai modal jual tudung n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Ibu tunggal cadang guna faedah pencen penakat sebagai modal jual tudung

Ibu tunggal cadang guna faedah pencen penakat sebagai modal jual tudung

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 11 Januari 2021 10:13

PADANG BESAR, 8 Jan  -- Seorang ibu tunggal bercadang untuk menggunakan faedah pencen penakat pemberian Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)  sebanyak RM7,000 dan bayaran pengurusan jenazah RM2,000 sebagai modal untuk memulakan perniagaan tudung bagi menyara kehidupannya  dan dua orang anak lelaki  yang masih kecil  selepas kematian suaminya.

Siti Nurathirah Adam, 23 kehilangan suaminya Mohd Syawal Naim Abd Rahman dua tahun lepas (19 Sept 2019) akibat kemalangan jalan raya ketika pulang dari tempat kerja.

"Alhamdulillah, saya mahu gunakan sebaiknya wang pampasan ini sebagai modal bagi memulakan jualan tudung secara kecil-kecilan demi menampung kehidupan saya bersama anak-anak," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Pengurniaan Cek Faedah PERKESO di Felda Chuping di sini hari ini.

Berangkat merasmikan majlis itu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Siti Nurathirah berkata beliau nekad mahu usahakan sesuatu demi membantu menjana pendapatan untuk memenuhi keperluan dua anaknya yang masih kecil serta masa depan mereka.

Katanya, setelah kematian suami, beliau yang merupakan suri rumah sepenuh masa tinggal bersama keluarga mertua di Mata Ayer dekat sini.

Turut menerima cek dari PERKESO hari ini ialah  Md Rose Long, 65, yang  menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) sebanyak RM15,700 dan Hamizan Che Mid, 42 menerima Faedah Pencen Penakat sebanyak RM1,314.67.

Sementara itu, Pengarah PERKESO Perlis Basharudin Khalid meminta majikan agar tidak mengabaikan caruman pekerja dan beliau berharap keluarga ini menggunakan sebaik mungkin wang pampasan atau pencen bulanan yang diperolehi tersebut untuk kehidupan yang lebih terjamin.

--BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE