Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kampung Seberang Ramai bakal jadi lokasi pelancongan baharu n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kampung Seberang Ramai bakal jadi lokasi pelancongan baharu

Kampung Seberang Ramai bakal jadi lokasi pelancongan baharu

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 01 Januari 2021 08:50

KANGAR: Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis di sini bakal menjadi salah satu tarikan baharu pelancongan di negeri ini berikutan pelaksanaan pengindahan di kawasan tersebut.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, inisiatif fasa pertama ‘Program Pengindahan dan Kempen Rakyat Perlis Hidup Bersih’ peringkat kawasan itu dijadualkan siap sepenuhnya hujung Januari ini.

Titah baginda yang mengilhamkan idea tersebut, inisiatif memperindahkan kampung itu  bertujuan menjadikannya sebagai contoh kepada masyarakat setempat.

Baginda bertitah, program tersebut juga dapat meningkatkan lagi kesedaran awam dan amalan 3R (kurangkan, guna semula dan kitar semula). 

“Antara aktiviti penambahbaikan dan pengindahan kampung yang dilaksanakan ialah mengecat dan mencantikkan laluan dan lorong berkonsepkan 3R dan dipasang papan-papan tanda mengenai kempen kesedaran awam serta Program Trash To Cash,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat melancarkan program tersebut yang dianjurkan Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Perlis bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) peringkat Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis di sini hari ini

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah serta Puteri Sharifah Farah Adriana.

Keberangkatan tiba baginda disambut Pengarah Bahagian Kewangan, Ummi Kalthum Shuib; Pengarah SWCorp negeri, Shamsuharizal Basir; Pengurus Jualan Sissons Malaysia True Colour Painting Solution Sdn Bhd, Hoo Chuan Heng dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd Noor.

Program tersebut melibatkan kerjasama bersama pelbagai jabatan dan agensi negeri dan persekutuan, institut pengajian tinggi awam dan swasta, jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK), para sukarelawan serta masyarakat setempat.

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyempurnakan simbolik pelancaran perancangan mendirikan sebuah struktur arca yang disumbangkan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di samping  menyaksikan penyampaian ‘Sijil Rakan SWCorp’ dan juga ‘Sijil Ikon Kebersihan’. – UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE