Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Terima Menghadap Imam Masjid Nabawi n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Perlis Terima Menghadap Imam Masjid Nabawi

/ Archive MAIPs / Rabu, 19 November 2014 00:27

KANGAR, 19 Dis (Bernama) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini menerima menghadap Imam Masjid Nabawi, Madinah, Sheikh Dr Abdelmuhsin Muhammad Al-Qosim sempena lawatan rasmi imam itu ke Perlis hari ini.

Majlis itu berlangsung di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Ulu Pauh semasa imam itu melawat kampus universiti itu.

Majlis menghadap Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP itu turut disertai Penasihat Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur As-Sheikh Abdur Rahmad Al-Bulaihi, Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin dan pegawai kanan universiti itu serta pegawai utama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).Pada majlis itu, Sheikh Dr Abdelmuhsin menyatakan kekaguman dengan budaya dan cara hidup masyarakat Islam di Perlis yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.Beliau turut berbangga dengan pembangunan ilmu di Perlis khususnya UniMAP yang kemudahan dan kecanggihanya amat membanggakan.Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah pada majlis menghadap itu bahawa kemajuan tamadun mestilah seiringan dengan pembangunan insan sejajar dengan konsep wasatiyyah Islam.Menurut baginda, hubungan erat antara negeri Perlis dan Arab Saudi telah lama terjalin dan baginda berharap hubungan itu akan terus subur melalui pelbagai kerjasama termasuk perkongsian kepakaran.Baginda kemudian berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Terapung Al Hussain di Kuala Perlis dengan diimamkan Sheikh Dr Abdelmuhsin.Masjid terapung yang terletak di muara Sungai Perlis itu turut menjadi tumpuan pelancong kerana keindahannya.Sumber daripada BERNAMA.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE