Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pelajar Perlu Miliki Nilai Dan Keperibadian Tinggi - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Pelajar Perlu Miliki Nilai Dan Keperibadian Tinggi - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Rabu, 03 September 2014 00:27

KANGAR, 3 Sept - Pelajar perlu memiliki daya intelektual dan keperibadian yang tinggi selain rohani yang suci dan unggul serta mampu mengawal emosi, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah nilai tersebut mampu memberi kekuatan kepada pelajar dalam menempuh pelbagai halangan dan cabaran yang boleh menggugat ketahanan serta jati diri mereka. "Setiap hari ada berita dilaporkan media massa membabitkan remaja dalam aktiviti negatif yang bukan sahaja menjejaskan masa depan mereka malah mengancam kedaulatan agama, bangsa dan negara. "Saya amat berharap para pelajar tidak terlibat dalam aktiviti seumpama ini," titah Tuanku Syed Faizuddin semasa merasmikan program 'Titian Kasih Mega Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra 2014' di sini, Rabu.Baginda bertitah situasi zaman ini berbeza dengan masa dahulu yang jenayah atau perbuatan buruk biasanya dilakukan golongan tidak berkelulusan tinggi, terabai pelajaran dan kurang didikan agama. "Jenayah hari ini dilakukan oleh golongan cerdik pandai, berpendidikan dan berkemahiran tinggi serta pakar dalam bidang-bidang tertentu. 
"Mereka ini ada yang merompak, melakukan pembunuhan terancang, penyelewengan wang atau maklumat, penipuan kad kredit dan siber, pecah amanah selain menghasilkan bahan api, senjata, najis dadah dan militan," titah baginda.Tuanku Syed Faizuddin bertitah pelajar sebagai tulang belakang bangsa dan negara yang bertanggungjawab membangunkan negara ini perlu sentiasa diingatkan agar tidak mempersiakan kepandaian dan ilmu yang dimiliki.

Baginda turut menyeru pelajar agar menyemat rasa cinta yang tulus terhadap negara dengan menjadi warganegara yang sanggup mempertahankan agama, bangsa dan nusa tercinta. Sementara itu, ketika merasmikan program sama di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen di sini sebelum itu, Tuanku Syed Faizuddin mahu pelajar berusaha menjadi insan dan anak yang soleh dan solehah.

Berangkat sama ke program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Perlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang juga ahli pemegang amanah IM4U Datuk Irmohizam Ibrahim, Setiausaha YTSP Datuk Johari Mohd Darus dan Pengarah Pendidikan Perlis Dun Kasa.


Sumber daripada Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE