Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis saran rakyat jalani saringan kesihatan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis saran rakyat jalani saringan kesihatan

Raja Muda Perlis saran rakyat jalani saringan kesihatan

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 24 November 2020 13:42

Sempena ‘Hari Diabetes Sedunia’ yang disambut pada 14 November setiap tahun, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan masyarakat supaya melakukan saringan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun di mana-mana klinik kesihatan berdekatan dengan tempat tinggal masing-masing.

“Dapatkanlah pemeriksaan dan rawatan awal bagi mereka yang berisiko serta mempunyai gejala diabetes seperti dahaga, kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak, letih dan lesu, penurunan berat badan walaupun mempunyai selera yang baik, kabur penglihatan, luka lambat sembuh atau kebas kaki,” jelas baginda.

Demikian titah baginda selepas berkenan mengambil bahagian di dalam program ‘MAIPs Peduli Kali ke 64 bagi tahun 2020’ yang bermula dan berakhir di perkarangan Rumah Perlindungan Teratak Rahmat Kompleks Persatuan Al-Islah Perlis, Mata Ayer.

Untuk rekod, ‘Hari Diabetes Sedunia’ menjadi hari rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bermula pada tahun 2006 dengan diluluskan Resolusi PBB 61/225. Ia ditandai setiap tahun pada 14 November, sempena ulang tahun Sir Frederick Banting, yang menemui insulin bersama-sama dengan Charles Best pada tahun 1922.

Sempena program anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)’ tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke kilang perusahaan HPA Industries Sdn Bhd. (Kopi Radix) di Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang dan disambut oleh Pengarah Urusannya, Hj Ismail Hj Ahmad, pihak pengurusan syarikat serta ahli-ahli Persatuan Komuniti Sukarelawan Kebajikan Negeri Perlis (PVAC) yang diketuai oleh Pengerusinya Mohd Effendey Harun.

Beberapa prospek dan inisiatif kerjasama yang berpotensi membantu ekonomi golongan asnaf yang diutarakan oleh pihak HPA turut diperbincangkan untuk tindakan selanjutnya bersama pihak MAIPs hasil daripada kunjungan tersebut.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Mohd Radhi Abas, Pegawai Kewangan Negeri, Nasaruddin Abdul Muttallib dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Selain penyerahan sumbangan MAIPs berjumlah RM10,000 untuk aktiviti Rumah Perlindungan Teratak Rahmat, tiga buah keluarga asnaf terpilih turut menerima sumbangan bantuan agihan zakat MAIPs daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs sepanjang program yang turut mendapat sokongan CSR daripada pihak syarikat pembekal roti Gardenia dan juga Pasaraya Hafifah pada kali ini.

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE