Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Hadkan perjalanan rentas negeri n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Hadkan perjalanan rentas negeri

Hadkan perjalanan rentas negeri

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 23 November 2020 08:27

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat negeri ini agar merancang dan menghadkan perjalanan merentas negeri meskipun sudah tidak perlu mendapatkan kebenaran dari berkuasa.

Titah baginda, pastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi khususnya apabila terpaksa membawa kanak-kanak dan warga emas merentasi negeri.

“Pandemik Covid-19 masih belum berakhir dan orang ramai mesti sentiasa berwaspada dengan terus mematuhi SOP ditetapkan,” titah baginda selepas berkenan singgah meninjau sekatan jalan raya (SJR) sempadan Perlis Kedah di Sanglang di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Polis daerah, Superitendan Wari Kiew.

Sementara itu, Wari berkata, jika terdapat keperluan merentas negeri adalah disarankan bergerak secara berseorangan tanpa membawa ahli keluarga yang boleh terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19.

“Selain itu, elakkan merentas sempadan negeri bagi tujuan menghadiri majlis sosial kerana kehadiran orang ramai itu boleh menyebabkan kita terdedah dengan Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, baginda turut menyerahkan sumbangan minuman kepada para anggota pasukan keselamatan sebagai simbolik penghargaan daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada petugas barisan hadapan itu. -UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE