Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Usia emas bukan noktah dalam kehidupan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Usia emas bukan noktah dalam kehidupan

Usia emas bukan noktah dalam kehidupan

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 18 November 2020 08:24

KANGAR : Golongan warga emas merupakan aset penting kepada negara kerana mereka memiliki ilmu, pengalaman dan kepakaran yang boleh menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, usia emas tidak boleh dianggap sebagai pengakhiran untuk tidak terus menyumbangkan tenaga dan idea kepada negara, malah kelebihan yang dimiliki mereka boleh dimanfaatkan.

“Ingatlah bahawa, usia emas bukanlah satu noktah untuk tidak terus menyumbang tenaga dan idea. Saya yakin Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah merangka dan melaksanakan pelbagai program untuk mengendalikan segala perancangan peningkatan sama ada daripada aspek pembangunan, perlindungan mahupun kebajikan terhadap warga emas,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Warga Emas dan orang kurang upaya (OKU) peringkat negeri Perlis 2020 di Pauh Inn, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Pauh Putra di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda bersama  Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Pengarah JKM negeri, Mohammad Hazam Ismail.

Sementara itu, baginda berharap warga emas terus diberi perlindungan sebaiknya kerana golongan tersebut amat berisiko dengan jangkitan Covid-19.

Tema Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan tahun ini adalah Pandemik Dan Penuaan: Mendepani Perubahan yang amar bertepatan dengan situasi negara yang berdepan pandemik Covid-19.

Untuk rekod, Malaysia diunjurkan akan menjadi sebuah negara tua (aged nation) pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.-UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE