Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis lancar pelan strategik MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis lancar pelan strategik MAIPs

Raja Perlis lancar pelan strategik MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 16 November 2020 08:15

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat melancarkan simbolik ‘Perancangan Strategik MAIPs 2021-2025’ yang diadakan di Balai Menghadap Kuning, Istana Arau.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs yang menitahkan bahawa ‘Perancangan yang telah dibangunkan, menuntut kepada keperluan untuk mempersiapkan seluruh ekosistem MAIPs dalam mendepani segala cabaran mendatang’.

Tambah baginda lagi, beberapa perancangan melalui Pelan Strategik MAIPs 2021-2025 telah dirangka menerusi 6 teras utama yang telah dikenal pasti seperti ‘Pemantapan Agihan Holistik’, ‘Kelestarian Khazanah Dan Hasil’, ‘Mercu Tanda Gemilang’, ‘Pengiktirafan dan Penarafan’, ‘Kegemilangan Antarabangsa’ serta ‘Kebanggaan Organisasi Dan Turun Padang’.

Turut hadir, Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Mohd Nazim pula memaklumkan bahawa afalah diharapkan dengan adanya 6 teras utama tersebut, secara tidak langsung dapat membantu MAIPs dalam mengatur perancangan dengan lebih teliti, berkesan dan sistematik bagi merealisasikan segala hasratnya dalam mengangkat peranannya mencapai sasaran pencapaian dalam tempoh 5 tahun yang akan datang iaitu “Mengukuh Qiadah Mengislah Ummah”.

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE