Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perkhidmatan anestesiologi penting difahami masyarakat – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perkhidmatan anestesiologi penting difahami masyarakat – Raja Muda Perlis

Perkhidmatan anestesiologi penting difahami masyarakat – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 19 Oktober 2020 10:00

Anestesiologi tidak lagi menjadi ‘Hero yang tidak didendang’ dalam penjagaan dan keselamatan pesakit, sebaliknya menjadi perkhidmatan yang mengubah kehidupan dan keselamatan nyawa. Tanpa perkhidmatan anestesiologi, pembedahan yang memerlukan pembiusan tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna.

Diharap dengan adanya ‘Sambutan Hari Anestesia Sedunia’ pada 16 Oktober setiap tahun perkhidmatan anestesiologi dapat difahami oleh orang ramai amnya dan rakyat Perlis khususnya.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan simbolik ‘Sambutan Hari Anestesia Tahun 2020’ yang diraikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Sirajuddin, Kg. Padang Pauh, Kangar pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda ke program anjuran MAIPs dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis yang merupakan sebahagian daripada inisiatif menjayakan kempen ‘Rakyat Perlis Hidup Sihat’ yang diilhamkan oleh Tuanku Raja Muda dan disekalikan dengan ‘Hijrah Minda MAIPs kali ke 20 bagi tahun 2020’ itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Imam Besar Negeri Perlis Ustaz Ahmad Sirajuddin Abdul Satar. Hadir sama AMMK Perlis, Azizan Sulaiman.

Seramai 10 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak-anak kariah masjid berkenaan hadir menerima sumbangan agihan zakat MAIPs masing-masing daripada baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs menambah bahawa tema sambutan pada tahun ini iaitu “ Occupational Wellbeing & Patient Safety” adalah bertepatan bagi menghargai segala pengorbanan yang telah diberikan dan memperjelaskan lagi kepentingan perkhidmatan anestesiologi yang terlibat secara terus dalam resusitasi pesakit bagi menyelamatkan nyawa’.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr Sirajuddin Hashim menerangkan bahawa perancangan pembiusan dan pembedahan yang teliti dalam menitik beratkan aspek-aspek keselamatan pesakit dapat mengurangkan 1.5 juta kematian setiap tahun di dunia.

Menurut beliau, ‘Perkhidmatan Anestesiologi juga berperanan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pesakit semasa pembedahan dan pengurusan kesakitan. Mereka juga memberikan penjagaan intensif kepada pesakit kritikal termasuk pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan’.

Anestesiologi merupakan salah satu kepakaran dalam pengurusan pembedahan dan merupakan salah satu WIRA barisan hadapan yang amat penting dalam menangani wabak pandemik COVID- 19 yang melanda seluruh dunia pada masa kini. Bidang Anestesiologi semakin berkembang sejajar dengan peningkatan dalam amalan pembedahan. Perkhidmatan Anestesiologi menyediakan perkhidmatan pembiusan pembedahan dan rawatan rapi.

Jelas Dr Sirajuddin, walaupun terdedah kepada risiko jangkitan yang tinggi semasa menjalankan rawatan bantuan pernafasan, tekanan emosi akibat perlu memakai pakaian pelindung diri (PPE) dalam jangkamasa yang lama dan keletihan, namun mereka tetap berusaha dengan gigih memberi perkhidmatan yang terbaik.

Tambah beliau, pada tahun 2019, Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar telah mengendalikan 6002 kes pembedahan yang memerlukan pembiusan, 639 kes kemasukan ke ICU, 492 kes bantuan mesin pernafasan di wad, 2105 kes Acute Pain service dan 1885 kes Klinik Anestesiologi.

Untuk rekod, ‘Hari Anestesia Sedunia’ disambut bagi memperingati kejayaan pembiusan am yang pertama dengan menggunakan ‘gas ether’ pada 16 Oktober 1846 di Massachusetts General Hospital, Boston, Amerika Syarikat. Penemuan ini membolehkan pesakit menjalani pembedahan tanpa sedar yang mana ini merupakan satu kejayaan besar dalam bidang perubatan.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE