Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis sertai Kayuhan Jelajah Bahasa Jiwa Bangsa n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis sertai Kayuhan Jelajah Bahasa Jiwa Bangsa

Raja Muda Perlis sertai Kayuhan Jelajah Bahasa Jiwa Bangsa

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 06 Oktober 2020 08:55

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengambil bahagian di dalam program berbasikal ‘Kayuhan Jelajah Bahasa Jiwa Bangsa’ yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sekitar Putrajaya baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda ke kayuhan di sebelah malam yang bermula di pintu gerbang Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sejurus selepas solat maghrib secara berjemaah melibatkan 150 orang peserta itu dilepaskan oleh Ketua Pengarah DBP Datuk Haji Abang Sallehuddin Abang Shokeran.

Kayuhan sejauh 18km itu berakhir di pintu gerbang Kompleks Perbadanan Putrajaya dan disambut oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim.

Terdahulu, pada sebelah petangnya Tuanku Raja Muda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan ‘Wacana Jamalullail: Salasilah Perlis Dan Kedudukan Istimewa Manhaj Ahli Sunah Waljamaah Dalam Perlembagaan Negeri Perlis’ yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir DBP di Kuala Lumpur.

Dalam titah baginda di majlis tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkongsi maklumat bahawa menelusuri sejarah, pendakwah Arab yang hadir ke sini, sama ada sebagai pedagang ataupun ulama, memilih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama bagi melaksanakan misi dakwah ke segenap lapisan masyarakat di wilayah Alam Melayu.

Mereka dengan gigihnya memasukkan istilah-istilah dasar yang menayangkan cita luhur agama Islam ke dalam bahasa Melayu. Pelbagai istilah dasar yang diambil daripada bahasa Arab al-Quran itu, diserap sebagai kosa kata Melayu. Istilah-istilah kuno disaring dengan halus, digunakan sesuai dengan ajaran Islam atau disisihkan terus.

Tambah baginda, ‘Keadaan ini mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai ‘bahasa ilmu’ yang berdarjat tinggi. Sebelum kehadiran Islam, bahasa Melayu hanya menjadi bahasa sastera rakyat lisan yang dipengaruhi oleh pandangan berbentuk tahyul dan khayalan. Namun, selepas kehadiran Islam, bahasa Melayu menjadi bahasa utama yang menuturi suatu cara berfikir yang ilmiah, rasional, intelektual dan indah sifatnya.’.

Di akhir majlis, Abang Sallehuddin selaku penerima Jaizah Maal Hijrah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi tahun 1442 Hijrah telah menyerahkan sumbangan yang diterima beliau di majlis tersebut berjumlah RM5,000 kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang diterima oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku pengerusinya.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE