Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - KUIPs perlu fokus tingkatkan sistem pengurusan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
KUIPs perlu fokus tingkatkan sistem pengurusan

KUIPs perlu fokus tingkatkan sistem pengurusan

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 30 September 2020 16:31

KANGAR: Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) perlu terus fokus dalam meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran, tenaga dan persiapan mental dalam mencorakkan sistem pengurusan serta akademik yang baik.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, hal demikian penting dalam melahirkan pelajar yang dapat menyumbang bakti kepada bangsa dan negara.

Titah baginda, kakitangan KUIPs juga perlu diberikan latihan dan pendedahan secukupnya agar dapat menjalankan tugas dengan baik dan sistematik. 

“Latihan tersebut haruslah komprehensif merangkumi aspek fizikal, jasmani, emosi dan intelek setiap kakitangan.

“Dengan adanya latihan ini, mereka akan lebih cekap dan terlatih dalam melaksanakan apa sahaja tugas dan sentiasa bersedia sekiranya diperlukan oleh majikan,” titah baginda merasmikan Majlis Apresiasi Kakitangan KUIPs 2019 di Auditorium KUIPs, Kampus Seberang Ramai, Kuala Perlis di sini hari ini.

Yang turut hadir Rektor KUIPs, Datuk Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi Othman dan kepimpinan tertinggi universiti yang berada di bawah naungan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu.

Sementara itu, baginda yang merangkap Tuanku Canselor KUIPs bertitah, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang menyumbang secara kritikal terhadap pembangunan dan kemajuan negeri ini, pengurusan budaya kerja cemerlang diperlukan.

“Ini bagi mewujudkan corak pengurusan yang baik seperti dalam pemilihan kakitangan, latihan dalam pengurusan dan pentadbiran, kerjasama berpasukan dan pengurusan masa.

“Kerja secara berpasukan perlu diterapkan yang mana kesepakatan merupakan kunci utama mencapai kejayaan. Justeru, KUIPs perlu menerapkan budaya bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain,” titah baginda.

Pada majlis tersebut, baginda telah mengurniakan anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada empat penerima, Pendidik Cemerlang (tiga), Pentadbir Cemerlang (tiga) dan Staf Sokongan Cemerlang (lima). – UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE