Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Seru Rakyat Prihatin Tentang Kesihatan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Seru Rakyat Prihatin Tentang Kesihatan

Raja Muda Perlis Seru Rakyat Prihatin Tentang Kesihatan

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 08 September 2020 15:10

Kesihatan itu sesuatu yang amat bernilai di dalam kehidupan kita dan tiada galang gantinya. Oleh itu, mencegah penyakit itu lebih baik daripada mengubati. Situasi masa kini adalah amat membimbangkan kerana terdapat penularan pelbagai jenis penyakit dan ada yang belum pernah dialami sebelum ini.

“Seluruh rakyat Perlis perlu mengubah gaya hidup dan perlu mengambil berat berkaitan tahap kesihatan masing-masing dan juga ahli keluarga tersayang dengan makan makanan yang seimbang, memperbanyakkan makan sayur dan buah-buahan serta melakukan aktiviti fizikal dan sukan secara berterusan”.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri ‘Program Hijrah Minda MAIPs Siri ke 16 / 2020’ yang diadakan di Masjid Al-Kauthar, Kg Paya, Beseri semalam.

Keberangkatan tiba baginda diiringi anakanda Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perlis ACP Baderulhisham Baharudin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Dr Hazman Hassan dan Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis Khairul Anwar Ahmad.

Seramai 10 orang asnaf terpilih dari kalangan anak-anak kariah masjid tersebut menerima sumbangan agihan zakat MAIPs daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs.

Turut diadakan terdahulu daripada itu ialah ‘Ceramah Hijrah Minda’ yang disampaikan oleh pegawai daripada AADK Negeri Perlis bertajuk ‘Merdeka Tanpa Dadah’.

~Sumber daripada Suara Merdeka~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE