Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Warga NIH teruja sertai kayuhan Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Warga NIH teruja sertai kayuhan Raja Muda Perlis

Warga NIH teruja sertai kayuhan Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 04 September 2020 21:56

Kangar, 4 September 2020. Warga Institut Kesihatan Umum (NIH) Kementerian Kesihatan Malaysia melahirkan keterujaan mereka ketika diperkenankan untuk menyertai program MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada petang semalam.

Pengarah NIH, Dr. Noor Aini Ahmad bersama 3 pegawai masing-masing daripada Pusat Penyelidikan Bebanan Penyakit, Pusat Penyelidikan Polisi Kesihatan, dan Pusat Penyelidikan Ekuiti Kesihatan KKM berasa amat bertuah diberi kesempatan menyertai aktiviti kebajikan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selain teruja melihat pelbagai usaha Tuanku Raja Muda Perlis dalam menerapkan kepentingan kesihatan dan kualiti kehidupan yang tinggi terhadap rakyat baginda.

Turut serta ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Sirajuddin Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam ucapan di akhir program, Pegawai Perubatan di Pusat Penyelidikan Polisi Kesihatan, Dr. Ainul Nadziha Mohd Hanafiah memaklumkan bahawa sebelum ini beliau sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti kebajikan Tuanku Raja Muda Perlis dan menyimpan hasrat untuk menyertai kayuhan baginda bagi merasai suasana aktiviti kebajikan yang dilaksanakan selain dapat menikmati keindahan landskap permai negeri Perlis.

Pada kesempatan kayuhan berkenaan, dua panel Tinjauan Kebangsaan
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, Dr. Subash Shander Ganapathy dan Suhana Jawahir turut membentangkan hasil dapatan data-data kajian yang dijalankan diseluruh negara dan perbandingan secara ringkas di negeri Perlis.

Terdahulu Tuanku Syed Faizuddin Putra beserta para tetamu meluangkan masa sekitar 30 minit untuk meninjau operasi perkhidmatan dialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar yang baru mula beroperasi pada pertengahan bulan Ogos yang lalu di Bangunan Wakaf yang disumbangkan MAIPs dan disambut oleh Pengarah HTF, Dr. Othman Warijo dan Timbalannya, Datuk Dr. Karim Abdullah.

Baginda turut berkenan singgah meninjau tapak cadangan pembinaan sebuah pusat autisme yang bakal diusahakan MAIPs dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) selain turut singgah di tiga buah rumah asnaf terpilih di sekitar kawasan Kg. Bintong.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE