Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kerjasama tingkat pelancongan Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kerjasama tingkat pelancongan Perlis

Kerjasama tingkat pelancongan Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 02 September 2020 10:36

ARAU: Kerjasama erat kerajaan negeri dan pemain industri sangat diperlukan dan penting bagi memberikan nafas segar untuk meningkatkan sektor pelancongan di Perlis.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pihak swasta juga wajar memainkan peranan lebih aktif untuk bersama membantu memasarkan sektor pelancongan.

“Terdapat banyak inisiatif pakej pelancongan yang boleh dilaksanakan bersesuaian dengan norma baharu dalam memperkasakan semula industri pelancongan di negeri ini.

“Fokus kepada usaha penyelenggaraan dan kerja-kerja naik taraf fasiliti pelancongan sedia ada atau membangunkan fasiliti baharu hendaklah juga diberi perhatian selain mempergiat usaha promosi,” titah baginda selepas berkenan berangkat melepaskan rombongan Jelajah Merdeka Old Frees di pekarangan Galeri Diraja di sini, semalam.

Yang hadir sama penyelaras program, Ivan Ooi Jieun Vei.

Sekumpulan lima alumni Penang Free School mengambil inisiatif menjelajah Semenanjung Malaysia dengan motosikal berkuasa tinggi dari 27 Ogos sehingga semalam.

Jelajah tersebut diketuai Ravin Trapshah, 40, iaitu alumni Penang Free School 1996 bersama rakannya daripada pelbagai kaum. Untuk rekod, tiga generasi pemerintahan Jamalullail negeri Perlis setakat ini adalah alumni Penang Free School iaitu iaitu Almarhum Tuanku Syed Putra (1937-1939), Tuanku Syed Sirajuddin (1956-1959) dan Tuanku Syed Faizuddin (1983). – UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE